BANTUANBeliaBLP

RM200 Sebulan Untuk Belia : Panduan Bantuan Latihan Perantis

RM200 Sebulan Untuk Belia disediakan dalam program Bantuan Latihan Perantis (BLP) dibawah kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

INISIATIF RM200 SEBULAN UNTUK BELIA

PROGRAM BANTUAN LATIHAN PERANTIS RM200

Untuk makluman umum, terdapat sebuah inisiatif kerajaan yang ditawarkan khusus kepada golongan muda atau belia pada tahun ini. Program Bantuan Latihan Perantis (BLP) adalah sebuah inisiatif di bawah Belanjawan 2025.

Kerajaan memperkasa anak-anak muda terutama penerima bantuan JKM yang tercicir untuk mendapatkan latihan kemahiran dan sambil bekerja. Mereka yang layak sertai akan menerima bayaran bantuan RM200 sebulan selama tempoh penyertaan program BLP.

Program istimewa ini dilaksanakan oleh kerajaan dibawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan kerjasama JKM. Mereka yang berkelayakan khususnya golongan generasi muda disaran menyertai bagi mendapatkan manfaat yang ditawarkan secara percuma.

Berikut adalah objektif dan tujuan utama perlaksanaan program BLP :

  1. Menggalakkan penyertaan individu dalam program latihan kerajaan yang diiktiraf
  2. Dapat membantu golongan belia meningkatkan kemahiran, latihan dalam sektor pekerjaan
  3. Menyediakan sokongan dari segi kewangan semasa tempoh latihan perantis.

KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN UNTUK BELIA RM200

Antara kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh JKM adalah seperti berikut :

  • Pemohon adalah warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia sahaja
  • Berumur 16 tahun keatas (golongan belia)
  • Berada dalam kumpulan sasar JKM seperti anak penerima bantuan kerajaan
  • Bekas pelatih/ penghuni institusi kebajikan atau bekas peserta khidmat masyarakat
  • Kes seliaan akhlak dibawah JKM
  • Berminat dalam program latihan kemahiran yang ditawarkan
  • OKU berdaftar yang mempunyai kemampuan menyertai program latihan kemahiran yang ditawarkan.

PANDUAN SERTAI PROGRAM BLP UNTUK BELIA

Bagi mereka yang berminat, pendaftaran boleh dikemukakan secara dalam talian sepanjang tahun ini. Untuk butiran selengkapnya dan cara mohon, sila layari laman portal rasmiĀ IHSAN MADANI (BLP)

Kepada pemohon disarankan sediakan dokumen penting yang diperlukan seperti salinan kad pengenalan. Hal ini adalah bagi memastikan proses semakan permohonan berjalan lancar dan mudah untuk diluluskan.

PENUTUP & LEBIH INFO

Kerajaan perpaduan telah sediakan pelbagai program kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif yang ada di laman utama atau sertai channel rasmiĀ WhatsApp Carianterbaru untuk informasi selanjutnya.

The post RM200 Sebulan Untuk Belia : Panduan Bantuan Latihan Perantis appeared first on CARIANTERBARU.

Show More
Back to top button