Bayaran STR & SARA telah mula dikreditkan Oktober ini secara berperingkat kepada seluruh rakyat Malaysia yang berkelayakan.
BAYARAN STR & SARA BULAN OKTOBER
Untuk makluman umum kerajaan telah mula melaksanakan 2 pembayaran bantuan tunai pada bulan Oktober ini. Pertama inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) telah mula dikreditkan secara berperingkat bermula 18 Oktober 2025.
Pembayaran STR fasa keempat pada bulan ini adalah merupakan bayaran akhir bagi sesi tahun 2025. Program ini memberi manfaat kepada sekitar 8.8 juta penduduk Malaysia dengan kadar bayaran sehingga RM700.
Namun bayaran dikreditkan ke dalam akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) terlebih dahulu sebelum ke bank-bank lain pada minggu ini. Bayaran STR diawalkan pada bulan ini kerana keprihatinan kerajaan sempena sambutan Deepavali hari ini.
Kedua pemberian Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi sesi Oktober telahpun dikreditkan pada awal bulan ini. Pengkreditan disalurkan secara terus ke dalam mykad setiap penerima dari kategori bujang, isi rumah dan warga emas.
KADAR STR & SARA BULAN OKTOBER
Kepada yang terlepas pandang, berikut dikongsikan berkenaan maklumat kadar bayaran STR dan SARA bagi bulan Oktober ini.
NILAI BAYARAN STR MENGIKUT KATEGORI (OKTOBER)
- Isi rumah B40 : RM200 – RM700 (amaun tertakluk bilangan anak)
- Isi rumah M40 : RM100 – RM350 (amaun tertakluk bilangan anak)
- Bujang B40 : RM150
- Warga emas B40 : RM150.
NILAI BAYARAN SARA MENGIKUT KATEGORI (OKTOBER)
- Isi rumah (STR & EKASIH) : RM200
- Isi rumah (STR sahaja) : RM100
- Warga emas (STR & EKASIH) : RM150
- Warga emas (STR sahaja) : RM50
- Bujang : RM50.
Nota : Bayaran STR adalah yang terakhir bagi sesi tahun 2025, manakala SARA akan dikreditkan lagi pada bulan November dan Disember.
Kepada seluruh rakyat Malaysia yang terlibat, anda boleh membuat semakan status bayaran SARA dan STR secara dalam talian. Untuk cek kemasukkan duit ke dalam akaun anda sila layari laman portal rasmi di bawah :
- Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Sumbangan Asas Rahmah (SARA) – https://www.sara.gov.my/
PENUTUP & LEBIH INFO
Sepanjang tahun kerajaan MADANI telah sediakan pelbagai program kemudahan dan inisiatif bantuan bagi memberi manfaat kepada penduduk. Sila lihat senarai bantuan yang ada di laman utama atau sertai channel rasmi WhatsApp Carianterbaru untuk info lanjut.
The post Bayaran STR & SARA Telah Dikreditkan Oktober Ini appeared first on CARIANTERBARU.