Kadar Jumlah STR 2026 Mengikut Setiap Kategori
Kadar Jumlah STR 2026 mengikut setiap kategori telah diumumkan Menteri Kewangan pada sidang Belanjawan 2026 baru-baru ini.
PERLAKSANAAN STR 2026 DITERUSKAN
Untuk sedia maklum, kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan perlaksanaan pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi sesi tahun 2026. Apa yang menarik adalah terdapat beberapa perubahan telah dilakukan.
Antaranya adalah kategori belia bujang tidak akan menerima sebarang bayaran STR pada tahun hadapan. Namun akan menerima bayaran SARA sebanyak RM700 yang dikreditkan setiap bulan ke dalam mykad.
Bukan itu sahaja, individu yang tidak pernah kemaskini maklumat STR perlu membuat pengemaskinian bagi mendapatkan bayaran STR 2026. Pendaftaran baharu dan kemaskini telah dibuka bermula 12 Oktober lalu.
KADAR JUMLAH STR 2026 MENGIKUT KATEGORI
Untuk makluman umum, kadar STR tahun hadapan adalah bermula dari RM200 sehingga RM2,200 setahun. Berikut dikongsikan kadar jumlah bayaran rasmi STR tahun 2026 mengikut setiap kategori kelayakan :
KATEGORI BERKAHWIN / ISI RUMAH (BERSTATUS B40)
- Tiada anak (0) : RM700 setahun
- Mempunyai anak (1-2) : RM1,200 setahun
- Mempunyai anak (3-4) : RM1,700 setahun
- Mempunyai anak (lebih dari 5) : RM2,200 setahun
BERKAHWIN / ISI RUMAH (BERSTATUS M40)
- Tiada anak (0) : RM200 setahun
- Mempunyai anak (1-2) : RM450 setahun
- Mempunyai anak (3-4) : RM700 setahun
- Mempunyai anak (lebih dari 5) : RM950 setahun
KATEGORI ORANG TUA / WARGA EMAS
- RM600 setahun.
Nota : Kategori bujang berumur 21 tahun keatas tiada sebarang bayaran STR 2026 yang akan dikreditkan.
KADAR JUMLAH SARA 2026 MENGIKUT KATEGORI
Kepada yang terlepas pandang, berikut dikongsikan kadar bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi sesi 2026 mengikut kategori :
KATEGORI BERKAHWIN / ISI RUMAH (PENERIMA STR SAHAJA)
- RM1,200 setahun
BERKAHWIN / ISI RUMAH (PENERIMA STR & EKASIH)
- RM2,400 setahun
KATEGORI WARGA EMAS (PENERIMA STR SAHAJA)
- RM600 setahun
WARGA EMAS (PENERIMA STR & EKASIH)
- RM1,800 setahun
KATEGORI BUJANG (PENERIMA STR SAHAJA)
- RM600 setahun
BUJANG (PENERIMA STR & EKASIH)
- RM1,200 setahun.
Info : Bayaran SARA disalurkan secara berperingkat ke dalam setiap mykad bermula Januari sehingga Disember.
Semakan status, daftar baru dan kemaskini maklumat telah dibuka kepada orang ramai. Untuk membuat semakan, sila layari laman portal rasm kerajaan seperti pilihan di bawah :
- Sumbangan Tunai Rahmah (MySTR) – https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Sumbangan Asas Rahmah (MySARA) – https://www.sara.gov.my/
PENUTUP & LEBIH INFO
Banyak lagi kemudahan dan inisiatif telah disediakan sepanjang tahun ini khusus bagi memberi manfaat kepada rakyat yang memerlukan. Untuk semak senarai insentif bantuan yang ada, anda boleh sertai channel WhatsApp Carianterbaru untuk info lebih lanjut.
The post Kadar Jumlah STR 2026 Mengikut Setiap Kategori appeared first on CARIANTERBARU.