Bantuan STR Fasa Akhir Telah Mula Dikreditkan Hari Ini
Bantuan STR Fasa Akhir sesi 2025 telah mula dikreditkan secara berperingkat bermula hari ini kepada semua kategori.
BAYARAN BANTUAN STR FASA AKHIR
Untuk makluman umum, pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa akhir telah mula disalurkan secara berperingkat seluruh negara. Kategori isi rumah, bujang dan warga emas akan menerima bayaran STR buat kali terakhir pada bulan ini.
Pengkreditan secara terus ke dalam bank setiap penerima dilaksanakan berperingkat bermula 18 Oktober ini. Bagi mereka yang tiada kad bank, tebus secara tunai boleh dilakukan melalui kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan.
Namun disebabkan minggu ini terdapat cuti umum deepavali, mereka yang tiada kad bank boleh tuntut bayaran bantuan STR pada 21 Oktober 2025 bersamaan hari selasa. Tuntutan boleh dilakukan di mana-mana cawangan BSN seluruh Malaysia.
Bagi pengetahuan umum, jadual asal bayaran STR fasa akhir ini sepatutnya disalurkan pada bulan November. Atas keprihatinan kerajaan sempena sambutan Deepavali, bayaran STR telah diawalkan pada bulan ini.
KADAR BAYARAN STR FASA AKHIR
Kepada yang terlepas pandang, kadar bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa akhir adalah dari RM150 hingga RM700. Jumlah ditentukan mengikut kelayakan setiap kategori yang bilangan tanggungan anak seperti di bawah :
BERKAHWIN / ISI RUMAH (KUMPULAN B40)
- RM200 – Tiada tanggungan anak (0)
- RM350 – Bilangan tanggungan anak (1-2)
- RM500 – Bilangan tanggungan anak (3-4)
- RM700 – Bilangan tanggungan anak (lebih 5)
BERKAHWIN / ISI RUMAH (KUMPULAN M40)
- RM100 – Tiada tanggungan anak (0)
- RM200 – Bilangan tanggungan anak (1-2)
- RM250 – Bilangan tanggungan anak (3-4)
- RM350 – Bilangan tanggungan anak (lebih 5)
BUJANG & ORANG TUA
- Belia berumur 21 tahun keatas : RM150
- Warga emas berumur 60 tahun keatas : RM150.
Info : Kadar bayaran diatas akan amaun yang dikreditkan buat kali terakhir kepada penerima pada tahun ini. Setiap individu kini boleh membuat semakan status bayaran STR secara dalam talian melalui laman portal rasmi di https://bantuantunai.hasil.gov.my/
PENUTUP & LEBIH INFO
Banyak lagi kemudahan dan inisiatif bantuan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi memberi manfaat kepada rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada di laman utama atau sertai channel WhatsApp Carianterbaru untuk lebih info.
The post Bantuan STR Fasa Akhir Telah Mula Dikreditkan Hari Ini appeared first on Carianterbaru.