(WTD) Wang Tidak Dituntut Boleh Disemak Melalui EGUMIS
(WTD) Wang Tidak Dituntut boleh disemak oleh semua orang melalui portal EGUMIS Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).
APA ITU (WTD) WANG TIDAK DITUNTUT?
Ramai yang masih tidak tahu atau terlepas pandang berkenaan wang tidak dituntut (WTD). Menurut seksyen 8 akta wang tidak dituntut 1965 merujuk kepada wang yang tidak dikendalikan oleh pimilik dalam tempoh masa lebih dari 7 tahun.
Sumber duit ini boleh datang dari pelbagai bentuk seperti simpanan, tuntutan insurans, dividen dan banyak lagi. Mengikut statistik, ramai yang baru mengetahui mereka mempunyai duit yang boleh dituntut selepas membuat semakan.
Untuk makluman umum, sehingga Januari 2025 lebih RM12.7 bilion jumlah wang tidak dituntut yang masih ada di JANM. Setiap individu / waris mempunyai hak mereka untuk mendapatkan kembali WTD yang sepatutnya milik mereka.
SUMBER WANG TIDAK DITUNTUT
Jenis-jenis WTD ini boleh merangkumi beberapa transaksi dalam tempoh yang ditetapkan. Antara contoh WTD yang boleh dituntut secara sah adalah seperti :
- Dividen individu – Keuntungan yang sepatutnya dibayar kepada pemegang saham tetapi tidak sampai ke dalam akaun.
- Bonus dan gaji – Duit yang sepatutnya dibayar kepada kakitangan sesebuah syarikat seperti gaji, komisyen, bonus yang tidak diterima pada waktunya.
- Simpanan tetap – Duit dalam akaun simpanan yang tidak lagi diperbaharui secara automatik.
- Tuntutan insurans – Duit yang sepatutnya dikreditkan kepada penerima yang telah diluluskan oleh syarikat insurans yang diambil.
- Draf bank – Kewangan yang tidak dapat dituntut selepas tamat tempoh sah laku.
- Akaun bank – Mana-mana akaun bank yang telah tamat tempoh / tidak aktif melebihi 7 tahun termasuk dalam WTD.
Justeru itu masih ramai yang terlepas pandang berkenaan WTD ini yang sepatutnya duit mereka boleh dituntut. Sepanjang tahun ini kerajaan melalui Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah membuka semakan melalui pautan EGUMIS.
FUNGSI EGUMIS DAN SEMAKAN STATUS WTD ANDA
Orang awam yang belum semak, anda boleh membuat semakan status sama ada atau tidak WTD yang boleh dituntut secara dalam talian. Untuk cek sila layari laman portal rasmi EGUMIS JANM di https://egumis.anm.gov.my/
Berikut adalah fungsi dan kemudahan yang disediakan dalam portal EGUMIS JANM :
- Kemudahan semakan status dan serahan WTD secara online.
- Pembayaran dan serahan WTD melalui FPX.
- Boleh memuat turun resit rasmi serahan WTD.
- Boleh memuat turun surat serahan WTD.
Bagi pengetahuan umum, proses untuk membuat tuntutan WTD ini kebiasaannya mengambil masa sekitar 1 bulan dari tarikh awal. WTD akan terus dikreditkan ke dalam akaun bank yang didaftarkan dalam borang tuntutan wang tidak dituntut.
PENUTUP & MAKLUMAT LANJUT
Selain itu terdapat lebih banyak lagi kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan bagi menangani masalah kos sara hidup rakyat. Sila lihat senarai insentif yang ada dan berkelayakan untuk anda dapatkan, rujuk halaman utama.
The post (WTD) Wang Tidak Dituntut Boleh Disemak Melalui EGUMIS appeared first on Carianterbaru.