Subsidi Budi Madani RON95 – Tak Perlu Tunjuk Lesen
Subsidi Budi Madani RON95 – Setiap individu tidak perlu tunjuk lesen memandu, hanya perlukan mykad sahaja sebagai pengesahan warganegara.
PERLAKSANAAN SUBSIDI BUDI MADANI RON95
Seperti yang telah dimaklumkan kerajaan, perlaksanaan subsidi budi madani RON95 (minyak petrol) akan bermula pada penghujung bulan ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan kadar baharu minyak RON95 pada harga RM1.99 seliter.
Melalui inisiatif BUDI95 ini harga petrol (pemegang kuning) diturunkan dari RM2.05 seliter kepada RM1.99 seliter bermula 30 September 2025. Apa yang menarik adalah pengguna tidak perlu untuk menunjukan lesen memandu mereka.
Individu hanya perlu pastikan cip mykad / kad pengenalan berfungsi dengan baik sebelum peralihan kepada subsidi BUDI95. Perbezaan harga minyak RON95 selepas 30 September adalah (warganegara Malaysia) RM1.99 seliter manakala (bukan warganegara) RM2.50 seliter.
PERINCIAN INISIATIF BUDI RON95
Berikut adalah perincian maklumat mudah faham perlaksanaan subsidi secara bersasar ini :
- Warganegara Malaysia yang mempunyai lesen memandu aktif dan kenderaan layak menikmati manfaat subsidi secara automatik.
- Kelayakan syiling bulanan bersubsidi R95 adalah sehingga 300 liter sebulan.
- Proses penebusan subsidi adalah mudah dengan gunakan mykad tanpa perlu mendaftar.
- Pemandu e-hailing dikecualikan dari had liter bulanan.
- Terminal pembaca mykad akan disediakan di setiap kedai stesen minyak dan pam minyak bagi mengurangkan risiko kesesakan pembayaran.
- Tidak perlu tunjukkan lesen memandu, hanya mykad diperlukan.
- Untuk kemudahan terdapat pilihan edompet digital seperti TNG dan Setel.
Untuk pengetahuan umum, perlaksanaan permulaan subsidi bersasar petrol ini akan dilakukan secara berperingkat :
- 300,000 anggota polis dan tentera bermula 27 September 2025.
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) golongan B40 bermula 28 September 2025.
- Semua rakyat Malaysia berumur 16 tahun keatas bermula 30 September 2025.
Segala maklumat berkenaan perlaksana subsidi bersasar ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Untuk butiran lengkap perincian inisiatif ini, sila layari laman portal rasmi IHSAN MADANI (SUBSIDI RON95)
Sepanjang tahun ini kerajaan MADANI telah sediakan pelbagai program dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat. Sila lihat senarai insentif yang ada dan berkelayakan untuk anda dapatkan, rujuk halaman utama!
The post Subsidi Budi Madani RON95 – Tak Perlu Tunjuk Lesen appeared first on Carianterbaru.