Subsidi Petrol Guna Mykad bakal dilaksanakan tidak lama lagi bagi memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia.
SUBSIDI PETROL GUNA MYKAD
Baru-baru ini Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata perlaksanaan subsidi petrol secara bersasar akan dilaksanakan tidak lama lagi. Beliau mengingatkan agar setiap individu memeriksa mykad dalam keadaan baik dan pastikan cip mykad berfungsi.
Harga petrol RON95 dijangka akan turun ke paras RM1.99 seliter pada penghujung bulan ini melalui perlaksanaan subsidi bersasar. Minyak pemegang kuning atau RON95 ini adalah minyak bersubsidi dan hanya rakyat Malaysia sahaja dibenarkan untuk mengisi.
Selepas ini subsidi bersasar harga petrol hanya boleh dinikmati apabila mykad digunakan sebagai pengesahan warganegara Malaysia. Kepada mereka yang cip mykadnya rosak, anda boleh baiki di mana-mana pejabat atau kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) seluruh negara.
Saifuddin Nasution menegaskan bahawa kerajaan MADANI akan terus komited bagi membantu rakyat terutama golongan B40. Dengan adanya perlaksanaan inisiatif subsidi bersasar ini kerajaan yakin dapat meringankan beban kos kewangan rakyat.
Segala maklumat terkini berkenaan program subsidi bersasar petrol ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa sebagai rujukan masyarakat. Bagi yang terlepas pandang, terdapat sebuah inisiatif subsidi minyak diesel telah diperkenalkan yang boleh dimohon.
SUBSIDI DIESEL GUNA MYKAD
Kerajaan telah menyediakan sebuah inisiatif yang dikenali BUDI MADANI sebagai bantuan subsidi minyak diesel. Terdapat 3 kategori yang boleh dimohon iaitu BUDI Mysubsidi diesel, BUDI Agri-komoditi dan BUDI Individu.
Kadar bayaran bantuan diberikan kepada pemohon yang layak adalah sebanyak RM200 sebulan. Mereka yang berkelayakan boleh kemukakan permohonan sepanjang tahun ini selagi masih dibuka.
Untuk butiran lengkap dan panduan mohon, sila layari laman portal rasmi https://budidiesel.gov.my/ . Kepada pemohon yang tidak lulus, jangan risau anda boleh kemukakan rayuan untuk menyatakan anda benar-benar berkelayakan.
MAKLUMAT LANJUT
Selain itu terdapat banyak lagi kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan telah disediakan sepanjang tahun ini khusus meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif yang ada dan bersesuaian untuk anda dapatkan, rujuk laman utama!
The post Subsidi Petrol Guna MyKad – Pastikan Cip Berfungsi appeared first on Carianterbaru.