3 Bantuan Warga Emas Yang Ramai Tidak Tahu
3 Bantuan Warga Emas yang ramai masih tidak tahu disediakan oleh kerajaan yang boleh dimohon sepanjang tahun ini.
BANTUAN UNTUK WARGA EMAS
Tahukah anda, pihak kerajaan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah memperkenalkan beberapa jenis inisiatif bantuan khusus kepada warga emas. Golongan digelar sebagai tiang seri masyarakat kerana pengalaman, kebijaksanaan dan jasa ini sangat penting untuk masa hadapan.
Perlaksanaan 3 jenis bantuan untuk warga emas ini adalah bagi memastikan kebajikan golongan berumur terpelihara. Dengan adanya insentif ini dapat meringankan beban kos sara hidup golongan orang tua dalam komuniti masyarakat.
3 JENIS BANTUAN UNTUK WARGA EMAS
Di bawah disediakan 3 jenis bantuan khusus untuk warga emas yang boleh dimohon sepanjang tahun ini. Mereka yang berkeperluan yang berkelayakan boleh kemukakan permohonan pada bila-bila masa selagi program masih dibuka.
BANTUAN WARGA EMAS (BWE)
Program BWE adalah sebuah inisiatif bantuan yang ditawarkan kepada individu berumur 60 tahun dan keatas. Kadar bayaran BWE telah dinaikkan kepada RM600 pada tahun ini berbanding RM500 pada tahun lalu.
Mereka yang berumur diatas 60 tahun dan pendapatan dibawah (PGK) layak kemukakan permohonan. Individu yang lulus akan menerima bayaran sebanyak RM600 sebulan selama tempoh setahun sebelum dikemaskini semula.
UNIT PENYAYANG WARGA EMAS (UPWE)
Program UPWE ini menyasarkan kelompok orang tua/ warga emas yang tinggal bersendirian atau memerlukan penjagaan khas. Unit penyayang ini menyediakan perkhidmatan khas seperti pemantauan kesihatan, kemudahan pengangkutan ke hospital atau klinik berdekatan.
Permohonan boleh dikemukakan secara terus di pejabat kebajikan berhampiran kediaman. Program ini disediakan bagi memastikan warga emas tidak terabai untuk mendapatkan rawatan secara berkala.
SENIOR BACK IN ACTION (SEBA)
Inisiatif SEBA ini ditubuhkan dibawah Program Latihan MADANI (PLM) khusus untuk memperkasa golongan warga emas. Program ini adalah bagi membantu golongan tua yang masih mahu kekal aktif dalam masyarakat melakukan aktiviti sukarela atau menambah kemahiran baharu.
Menyertai program SEBA golongan warga emas akan dapat meningkatkan pengetahuan sambil menjana pendapatan yang ditawarkan. Untuk permohonan, individu boleh kemukakan di laman rasmi SEBA.
Untuk semakan lebih butiran berkenaan inisiatif diatas, anda boleh rujuk pada laman portal rasmi kerajaan https://manfaat.mof.gov.my/
MAKLUMAT LANJUT
Terdapat lebih banyak lagi kemudahan serta inisiatif bantuan yang boleh didapatkan pada tahun ini oleh rakyat Malaysia. Sila lihat senarai insentif yang ada dan layak untuk dimohon, rujuk pada halaman utama!
The post 3 Bantuan Warga Emas Yang Ramai Tidak Tahu appeared first on Carianterbaru.