BANTUANMyKadSARA

Bantuan RM900 Keluarga B40 Dalam MyKad

Bantuan RM900 Keluarga B40 dikreditkan ke dalam mykad setiap penerima secara berfasa sepanjang tahun 2025.

PEMBERIAN BANTUAN RM900 KELUARGA B40

Kerajaan Malaysia telah melaksanakan pemberian sumbangan asas rahmah atau lebih dikenali sebagai bantuan SARA. Program ini memberi manfaat kepada lebih dari 9 juta penduduk Malaysia terdiri dari golongan bujang, isi rumah dan warga emas.

Apa yang menarik adalah bukan sahaja miskin / miskin tegar sahaja layak, mereka yang berstatus B40 juga dapat mendapatkan manfaat dari program ini. Pemberian insentif SARA ini diberikan dalam bentuk ewallet secara kredit ke dalam mykad.

Kategori keluarga B40 atau bukan miskin layak menerima bayaran berjumlah RM900 setahun. Kadar bayaran bantuan dipecahkan kepada RM100 setiap bulan.

Pengkreditan dilakukan mulai April sehingga Disember 2025 secara berperingkat ke dalam mykad. Nilai bantuan SARA ini hanya boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di pasaraya dan kedai runcit seluruh negara.

KADAR JUMLAH KESELURUHAN BAYARAN BANTUAN SARA

Bantuan RM900 Keluarga B40 Dalam MyKad

Kepada yang terlepas pandang, berikut dikongsikan jumlah keseluruhan yang dikreditkan mengikut setiap kategori penerima :

  • Kategori keluarga B40 / Bukan miskin : RM900 + RM100
  • Kategori keluarga miskin / miskin tegar : RM2100 + RM100
  • Kategori bujang : RM600 + RM100
  • Kategori warga emas B40 / bukan miskin : RM450 + RM100
  • Kategori warga emas miskin / miskin tegar : RM1650 + RM100.

Nota : Bayaran tambahan RM100 ini dikreditkan kepada semua individu berumur 18 tahun keatas. Pengkreditan disalurkan pada 31 Ogos 2025 secara one-off dan tempoh bantuan boleh digunakan adalah sebelum 31 Disember 2025.

SEMAK KELAYAKAN & BAYARAN BANTUAN KELUARGA B40

Bagi pengetahuan umum, bantuan SARA ini tidak memerlukan sebarang permohonan. Bantuan diberikan secara automatik kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah 2025 sahaja.

Jika anda merupakan penerima STR pada tahun ini semakan status bayaran dan kelayakan SARA boleh dilakukan di https://www.sara.gov.my/

Jika layak maklumat akan dipaparkan pada skrin anda semasa semakan dikemukakan.

KESIMPULAN

SARA adalah sebahagian inisiatif yang membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat. Sila lihat lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan telah disediakan sepanjang tahun ini dan boleh anda dapatkan SEMAK DISINI sebagai rujukan!

The post Bantuan RM900 Keluarga B40 Dalam MyKad appeared first on Carianterbaru.

Show More
Back to top button