MyLesen Untuk Golongan B40 disediakan berbentuk bantuan lesen memandu motorsikal percuma kepada yang memerlukan.
PROGRAM MYLESEN B2 UNTUK GOLONGAN B40
Kerajaan telah memperkenalkan program mylesen B2 dibawah Belanjawan 2025. Dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) program ini kini ditawarkan kepada golongan B40.
Setiap program dibuka menawarkan 15,000 penyertaan dari golongan belia berumur 16 tahun dan keatas yang tidak memiliki lesen memandu. Perlaksanaan program ini adalah bagi membantu golongan memerlukan memiliki lesen memandu Malaysia.
Pendaftaran permohonan boleh dikemukakan sepanjang tahun selagi dibuka dan kuota masih ada. Mereka yang berjaya sertai akan menerima bantuan latihan lesen motorsikal B2 tidak melebihi 250c.c dan kos latihan ditanggung.
SYARAT LAYAK DAFTAR PROGRAM MYLESEN B40
Perlaksanaan program mylesen ini dibuka kepada umum yang menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :
- Berstatus warganegara Malaysia
- Individu berumur 16 tahun – 35 tahun
- Sihat dari segi fizikal dan mental
- Terbuka kepada golongan B40 dan tanggungan dengan pendapatan bulanan rendah
- Golongan belia, pelajar layak memohon
- Belum memiliki sebarang lesen memandu
- Bebas dari senarai hitam JPJ, Mahkamah dan PDRM.
MANFAAT PROGRAM MYLESEN B40
Berikut adalah manfaat dan kepentingan sertai program bantuan Mylesen 2025 :
- Kos ditanggung : Kerajaan akan tanggung sepenuhnya kos latihan, amali dan ujian peserta
- Latihan & ujian : Semua peserta wajib mengikuti latihan dan ujian praktikal mengiut SOP yang telah ditetapkan
- Surat aku janji : Setiap peserta perlu menandatangani surat aku janji dan pengesahan kesihatan untuk memastikan program berjalan lancar
- Setiap individu perlu patuhi semua syarat dan terma yang telah ditetapkan.
PANDUAN DAFTAR MYLESEN GOLONGAN B40
Kepada yang berminat dan berkelayakan, pendaftaran permohonan boleh dikemukakan secara dalam talian. Berikut disediakan panduan mendaftar program bantuan lesen memandu percuma :
- Layari laman portal rasmi JPJ di https://www.jpj.gov.my/
- Pergi ke bahagian mylesen dan muat turun borang permohonan
- Lengkapkan borang permohonan dan sertakan dokumen yang diperlukan
- Jika layak anda perlu hadiri semua sesi yang ditetapkan.
Nota : Program mylesen ini dibuka kepada 15,000 penyertaan sahaja bagi setiap fasa. Jika telah penuh akan dibuka semula pada tarikh yang akan diumumkan.
MAKLUMAT LANJUT
Selain program mylesen ini terdapat banyak lagi kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan sepanjang tahun ini. Sila lihat senarai insentif yang ada dan bersesuaian untuk didapatkan CEK DISINI sebagai rujukan umum!
The post MyLesen Untuk Golongan B40 – Bantuan Lesen Percuma appeared first on Carianterbaru.