BANTUANPPRProgram Perumahan

Program Rumah Sewa PPR – Semak Kelayakan & Daftar

Program Rumah Sewa PPR adalah merupakan inisiatif kerajaan Malaysia, orang ramai boleh membuat semakan kelayakan dan pendaftaran.

PROGRAM RUMAH SEWA PPR 2025

Kementerian Perumahan Rakyat dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menyediakan sebuah skim bantuan rumah sewa serendah RM124 sebulan. Program Perumahan Rakyat (PPR) ini terdapat 2 kategori yang boleh dimohon iaitu rumah untuk dimiliki atau untuk disewa.

Dengan kadar bayaran yang rendah dapat meringankan beban golongan berpendapatan rendah untuk memiliki rumah sendiri. Projek-projek rumah PPR telah disediakan di kawasan bandar dan pinggir bandar.

Jabatan Perumahan Negara (JPN) dibawah KPKT mengalu-alukan rakyat yang berkelayakan untuk mendaftar permohonan PPR untuk dapatkan manfaat yang ditawarkan. Sejak diperkenalkan sehingga hari ini ramai yang telah berjaya mendapatkan rumah dari program PPR ini.

JENIS & CIRI-CIRI RUMAH SEWA PPR

RUMAH PPR

Untuk makluman umum, setiap projek Program Perumahan Rakyat (PPR) yang dibangunkan mempunyai ciri-ciri seperti berikut :

  1. Jenis kediaman : Rumah bertingkat (Apartmen 5 – 18 tingkat) kawasan bandar / rumah teres di pinggir bandar (kampung)
  2. Reka bentuk rumah : Kebiasaannya 1 ruang tamu, 1 dapur, 3 bilik tidur dan 2 bilik air
  3. Saiz keluarga rumah : Purata 700 kaki persegi
  4. Kemudahan asas : Surau, dewan, kedai makan, sekolah, taman permainan, kawasan lapang dan kemudahan OKU.

Projek-projek PPR ini dibangunkan di seluruh negara dan pendaftaran permohonan adalah terhad mengikut sapa cepat dia dapat.

SEMAK KELAYAKAN DAFTAR PROGRAM RUMAH PPR

Kepada mereka yang berminat mohon skim PPR tahun ini, anda perlu mematuhi kelayakan yang telah ditetapkan seperti dibawah :

  • Terbuka kepada warganegaran Malaysia sahaja
  • Berumur 18 tahun dan keatas
  • Pendapatan isi rumah sebulan tidak melebihi RM3000
  • Belum memiliki kediaman sendiri
  • Memenuhi kriteria syarat tambahan yang ditetakan oleh kerajaan negeri yang ingin dimohon.

PANDUAN DAFTAR RUMAH PPR

Bagi golongan B40 yang belum memiliki rumah disarankan untuk memohon rumah PPR kerana sangat berpatutan pada kadar harga. Untuk panduan lengkap dan mendaftar, anda boleh layari laman portal rasmi PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT

KESIMPULAN

PPR adalah merupakan salah satu kemudahan yang disediakan bagi memberi manfaat kepada rakyat yang memerlukan kediaman sendiri. Sila lihat lebih banyak lagi program dan bantuan yang disediakan oleh kerajaan yang boleh dimohon CEK DISINI sebagai rujukan umum!

The post Program Rumah Sewa PPR – Semak Kelayakan & Daftar appeared first on Carianterbaru.

Show More
Back to top button