BANTUANSyukur Sabah

Bantuan RM300 SYUKUR Sabah : Semak Kelayakan

Bantuan RM300 SYUKUR Sabah adalah merupakan sebahagian inisiatif dibawah bajet Belanjawan kerajaan negeri 2025. Perlaksanaan program ini adalah bagi meringankan beban kos sara hidup terutama golongan memerlukan dan miskin tegar.

BANTUAN RM300 SYUKUR SABAH

Bantuan RM300 SYUKUR Sabah : Semak Kelayakan

Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) adalah inisiatif bantuan kewangan dibawah kendalian kerajaan negeri Sabah. Permohonan dibuka kepada penduduk yang berkeperluan khusus golongan miskin dan memerlukan.

Pemberian bantuan ini disalurkan secara berperingkat (4 fasa) sepanjang tahun 2025 kepada pemohon yang layak. Setiap fasa dikreditkan pada jumlah RM900 dan purata kadar bantuan adalah RM300 sebulan.

Untuk makluman umum, pada waktu ini pembayaran SYUKUR bagi fasa 3 akan disalurkan dan individu boleh membuat semakan kelayakan. Antara manfaat yang boleh didapatkan dalam inisiatif SYUKUR 2025 adalah seperti berikut :

  • Meringankan beban kewangan penerima untuk berbelanja keperluan asas dan utiliti
  • Dapat mengurangkan kadar kemiskinan tegar di dalam negeri
  • Sokongan kepada golongan miskini agar dapat hidup lebih selesa
  • Tanda keprihatinan kerajaan negeri kepada penduduk tempatan.

JADUAL BAYARAN BANTUAN SYUKUR SABAH

Berikut adalah jadual rasmi pembayaran bantuan Sentuhan kasih rakyat mengikut fasa :

  • Fasa 1 : Februari 2025
  • Fasa 2 : April 2025
  • Fasa 3 : September 2025
  • Fasa 4 : Oktober 2025.

Setiap fasa akan disalurkan bantuan berjumlah RM900, pengkreditan dilakukan secara terus melalui aplikasi YONO.

PANDUAN SEMAK KELAYAKAN BANTUAN SYUKUR

Sekiranya anda merupakan warganegara Malaysia dan menetap di negeri Sabah, semakan kelayakan boleh dilakukan secara online. Panduan semakan telah disediakan seperti dibawah :

  1. Layari laman portal rasmi – https://syukur.sabah.gov.my/
  2. Cari bahagian ‘Semakan permohonan’ pada laman utama
  3. Masukkan nombor mykad pada ruangan yang disediakan
  4. Status kelayakan permohonan anda akan dipaparkan pada skrin.

Apakah bantuan ini boleh dimohon oleh semua rakyat Malaysia?

Jawapan : Tidak, inisiatif khas ini hanya ditawarkan khusus kepada rakyat negeri Sabah yang berstatus miskin dan miskin tegar.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat pelbagai kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan MADANI bagi memberi manfaat kepada rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan pada halaman utama.

The post Bantuan RM300 SYUKUR Sabah : Semak Kelayakan appeared first on Carianterbaru.

Show More
Back to top button