BANTUANMyKasih

Panduan Semak Baki MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah)

Panduan Semak Baki MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah) tahun 2025 telah disediakan untuk rujukan umum masyarakat. Seperti sedia maklum pemberian Sumbangan SARA adalah merupakan salah satu inisiatif dibawah Belanjawan 2025.

PROGRAM MYKASIH 2025

Kerajaan Malaysia telah melancarkan program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pada tahun ini yang memberi manfaat kepada lebih 5 juta penduduk. Program SARA ini tidak memerlukan sebarang permohonan kerana bantuan diberikan secara automatik.

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berada dalam kategori B40 dan miskin layak menerima insentif SARA. Kadar jumlah bayaran SARA pada tahun ini adalah sehingga RM2100 dengan tambahan RM100 one-off yang akan dikreditkan pada 31 Ogos ini.

Pengagihan bayaran mykasih SARA ini dilakukan secara berperingkat setiap bulan mulai Januari sehingga Disember 2025. Kategori yang terlibat adalah belia bujang, warga emas dan isi rumah B40 dan miskin.

Pengkreditan akan dilakukan secara automatik setiap bulan ke dalam mykad setiap penerima. Amaun bantuan tersebut boleh digunakan untuk beli barangan keperluan asas di pasaraya / kedai berdaftar seluruh negara.

PANDUAN SEMAK BAKI MYKASIH

Untuk makluman umum, sepanjang tahun ini rakyat boleh membuat semakan baki MYKASIH secara dalam talian. Panduan untuk membuat semakan baki adalah seperti berikut :

  1. Layari pautan rasmi Mykasih di – https://www.mykasih.com.my/
  2. Log masuk menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang ditetapkan
  3. Pilih pada bahagian “Semakan baki bantuan” di menu utama
  4. Jumlah baki semasa anda akan dipaparkan pada skrin
  5. Untuk lebih memudahkan, anda boleh muat turun aplikasi Mykasih di apps store telefon anda.

SIAPA LAYAK SEMAK BAKI MYKASIH?

Sekiranya anda merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah pada tahun ini, anda layak untuk membuat semakan.

BERAPA KADAR JUMLAH MYKASIH MENGIKUT KATEGORI?

Kepada yang terlepas pandang, berikut adalah kadar jumlah bayaran yang akan diterima mengikut setiap kategori :

  • RM2100 : isi rumah miskin
  • RM900 : isi rumah bukan miskin
  • RM1650 : warga emas miskin
  • RM450 : warga emas bukan miskin
  • RM600 : bujang dari keluarga miskin.

KESIMPULAN

Kerajaan telah laksanakan pelbagai program kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan kewangan bagi memberi manfaat kepada rakyat. Sila lihat senarai insentif yang ada dan berkelayakan untuk anda dapatkan sepanjang tahun ini!

The post Panduan Semak Baki MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah) appeared first on Carianterbaru.

Show More
Back to top button