BANTUANBKPPelajar

Bantuan BKP untuk Pelajar B40, Insentif Sehingga RM650

Bantuan BKP Untuk Pelajar – Bantuan Kecil Persekutuan (BKP) merupakan inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia untuk membantu pelajar. Keluarga B40 merujuk kepada golongan yang berpendapatan rendah, dan bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan mereka dalam meneruskan pendidikan.

BANTUAN BKP UNTUK PELAJAR B40

BANTUAN KECIL PERSEKUTUAN

Bantuan Kecil Persekutuan (BKP) adalah merupakan inisiatif yang ditawarkan kepada pelajar sekolah dari keluarga berpendapatan rendah. Tujuan perlaksanaan BKP ini adalah bagi meringankan beban kewangan pelajar dan keluarga yang memerlukan.

Pelajar yang berkelayakan untuk memohon bantuan BKP biasanya terdiri daripada pelajar sekolah menengah tingkatan 1 hingga menengah atas. Kelayakan ini diberikan kepada pelajar yang berasal dari keluarga B40 yang memenuhi syarat pendapatan yang ditetapkan oleh kerajaan.

Oleh itu, penting untuk memastikan pemohon memenuhi semua kriteria yang telah ditentukan.

KADAR BANTUAN BKP 2025

Untuk makluman umum, bayaran bantuan ini diberikan pada kadar RM70 sebulan sehingga RM650. Berikut adalah kadar bantuan yang telah ditetapkan mengikut kelayakan kategori :

  • RM70 sebulan : Tingkatan 1 hingga 4 & tahun 1 Kolej Vokasional
  • RM70 sebulan : Tingkatan 5 & Tahun 1 KV
  • RM110 sebulan : Tingkatan 6 rendah aliran sains
  • RM110 sebulan : Tingkatan 6 atas aliran sains
  • RM90 sebulan : Tingkatan 6 rendah aliran sastera & STAM
  • RM90 sebulanTingkatan 6 atas aliran sastera.

SYARAT KELAYAKAN MOHON BANTUAN BKP

  • Warganegara Malaysia : Pemohon merupakan seorang rakyat Malaysia
  • Pedapatan bulanan : Gaji isi rumah / keluarga tidak melebihi RM5,000 sebulan (keluarga B40)
  • Status pendidikan : Merupakan seorang pelajar sekolah
  • Pemohon bukan penerima bantuan atau biasiswa lain.

PROSES PERMOHONAN BANTUAN UNTUK PELAJAR

Untuk memohon bantuan BKP, pelajar perlu mengisi borang permohonan yang boleh didapati secara dalam talian menerusi laman web rasmi kerajaan atau institusi pendidikan KPM. Permohonan biasanya dibuka setiap tahun, dan pemohon diminta untuk menyediakan dokumen sokongan seperti penyata pendapatan ibu bapa dan surat pengesahan daripada sekolah atau institusi pendidikan.

Proses ini adalah mudah dan menyediakan peluang untuk pelajar B40 menerima bantuan yang mereka perlukan. Untuk panduan lengkap pendaftaran permohonan, sila layari laman portal rasmi KPM – https://www.moe.gov.my/bantuan-kecil-persekutuan

Dengan adanya bantuan BKP, diharapkan lebih ramai pelajar B40 dapat meneruskan pendidikan mereka tanpa merasa terbeban dengan isu kewangan. Ini adalah langkah positif dalam memastikan kesaksamaan pendidikan di negara ini.

KESIMPULAN

Sepanjang tahun ini pelbagai inisiatif berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan bagi memberi manfaat kepada rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

The post Bantuan BKP untuk Pelajar B40, Insentif Sehingga RM650 appeared first on Carianterbaru.

Show More
Back to top button