BANTUANFASA 3STRSumbanganTunaiRahmah

Pengagihan STR Fasa 3 Telah Mula Dikreditkan Hari Ini

Pengagihan STR Fasa 3 telah mula dikreditkan Hari ini adalah adalah satu berita baik telah diumumkan kepada rakyat Malaysia. Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 kini telah dikreditkan ke dalam akaun penerima yang layak.

Inisiatif ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan rakyat, terutamanya dalam situasi ekonomi yang mencabar.

PENGAGIHAN STR FASA 3 MULA DIBAYAR

BAYARAN RASMI STR FASA 3

Pihak Kementerian Kewangan telah mengumumkan perlaksanaan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah mula dikreditkan hari ini. Pengkreditkan secara berperingkat disalurkan secara terus ke dalam akaun bank bermula 12 Ogos 2025 (Selasa).

Penerima sumbangan ini adalah mereka yang telah mendaftar dan memenuhi syarat yang ditetapkan oleh pihak kerajaan. Proses pengkreditan ini dijadualkan berlangsung secara berperingkat bagi memastikan bantuan sampai kepada semua yang memerlukan.

Sekiranya anda membuat semakan, jangan lupa untuk menyemak akaun bank anda hari ini bagi mengesahkan penerimaan. Kategori yang akan terlibat menerima bayaran STR fasa 3 adalah bujang, isi rumah dan warga emas.

KADAR BAYARAN RASMI STR FASA 3

Kerajaan juga telah memaklumkan kadar bayaran rasmi bagi STR fasa 3 mengikut kategori seperti berikut;

  • Isi rumah B40 : RM150 – RM650
  • Isi rumah M40 : RM150 – RM300
  • Warga emas : RM150
  • Bujang : RM150.

Nota : Jumlah bayaran bagi kategori isi rumah ditentukan mengikut bilangan tanggungan anak.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 bukan sahaja merupakan langkah untuk membantu mereka yang kehilangan punca pendapatan, tetapi juga merupakan usaha kerajaan untuk mendorong pemulihan ekonomi. Dengan bantuan ini, diharapkan rakyat Malaysia dapat mengurangkan tekanan kewangan harian dan meneruskan kehidupan dengan lebih baik.

Pastikan anda memanfaatkan bantuan ini sepenuhnya untuk keperluan asas dan perbelanjaan penting. Jangan lupa membuat semakan status bayaran anda secara dalam talian melalui laman portal rasmi MySTR – https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Bagi mereka yang tiada kad bank, tuntutan secara tunai boleh dilakukan di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan bermula Selasa ini.

LEBIH INFO BANTUAN

Sepanjang tahun ini terdapat banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah ditawarkan kepada golongan yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan bersesuaian untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

The post Pengagihan STR Fasa 3 Telah Mula Dikreditkan Hari Ini appeared first on Carianterbaru.

Show More
Back to top button