Cara Semak Baki MySARA : Semak Kadar bayaran Ogos Ini
MySARA merupakan satu inisiatif penting dalam memudahkan rakyat Malaysia mengakses bantuan kewangan daripada kerajaan. Dalam situasi yang mencabar, mengetahui jumlah baki dan bantuan yang diterima adalah amat penting.
Dalam artikel ini, kita akan meneroka cara untuk menyemak baki anda melalui MySARA.
PEMBERIAN MYSARA DINAIKKAN OGOS INI
Untuk makluman umum, pemberian MySARA pada bulan Ogos ini dinaikkan dengan nilai tambahan RM100 untuk semua individu berumur 18 tahun keatas. Kadar bayaran RM100 ini dikreditkan secara terus ke dalam mykad bermula 31 Ogos 2025 secara one-off.
Setiap kategori akan menerima lebih bayaran Sumbangan Asas Rahmah pada bulan Ogos ini dan nilai tersebut boleh digunakan sehingga 31 Disember 2025. Kepada yang terlepas pandang, berikut adalah kadar bayaran SARA yang akan diterima pada bulan ogos ini mengikut kategori ;
- Isi rumah miskin : RM200, tambahan RM200 suami dan isteri (Jumlah RM400)
- Isi rumah B40 : RM100, tambahan RM200 suami dan isteri (Jumlah RM300)
- Warga emas miskin : RM150, tambahan RM100 (Jumlah RM250)
- Warga emas B40 : RM50, tambahan RM100 (Jumlah RM150)
- Bujang miskin : RM50, tambahan RM100 (Jumlah RM150)
- Bujang B40 : RM100.
CARA SEMAK BAKI MYSARA OGOS INI
Untuk menyemak baki MySARA, anda perlu mengikuti langkah-langkah berikut:
- Sila layari laman web rasmi – https://www.mykasih.com.my/
- Kemudian, log masuk menggunakan nombor kad pengenalan
- Anda akan dapat melihat jumlah bantuan yang telah diterima untuk bulan Ogos serta baki yang ada.
Jika anda menghadapi sebarang masalah semasa menyemak baki anda, pihak kerajaan menyediakan khidmat pelanggan yang boleh dihubungi untuk mendapatkan bantuan. Selain itu, pastikan anda sentiasa mengemas kini maklumat peribadi untuk memastikan maklumat yang diterima adalah tepat.
Memahami jumlah bantuan yang diperolehi adalah langkah penting untuk pengurusan kos pembelanjaan menggunakan bantuan tersebut. Kadar bayaran MySARA pada bulan Ogos ini adalah yang paling tinggi berbanding bulan-bulan sebelum.
LEBIH INFO BANTUAN
Sepanjang tahun ini kerajaan perpaduan telah melaksanakan pelbagai jenis program kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat. Sila lihat senarai insentif yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.
The post Cara Semak Baki MySARA : Semak Kadar bayaran Ogos Ini appeared first on Carianterbaru.