Bantuan eWallet RM100 – RM200 melalui Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) telah dikreditkan bagi bulan Julai 2025. Inisiatif ini bertujuan untuk membantu keluarga yang memerlukan dengan memberi mereka sokongan kewangan tambahan dalam bentuk eWallet.
Program ini menunjukkan komitmen kerajaan untuk meringankan beban golongan yang terkesan oleh kos sara hidup yang meningkat.
PEMBERIAN BANTUAN EWALLET RM100 – RM200
Seperti sedia maklum, Kementerian Kewangan telah umum pemberian bantuan ewallet SARA ini merupakan bantuan tambahan dari program STR. Lebih daripada separuh penerima STR pada tahun ini layak menerima manfaat ewallet SARA.
Pada bulan Julai ini, kategori isi rumah akan menerima bayaran bantuan ewallet SARA pada kadar RM100 (B40) dan RM200 (Miskin). Manakala bujang menerima RM50 dan warga emas (miskin) akan menerima RM150.
Bantuan eWallet ini tersedia untuk semua rakyat Malaysia yang memenuhi syarat tertentu yang ditetapkan oleh pihak kerajaan. Inisiatif SARA ini tidak memerlukan sebarang permohonan, bantuan diberikan secara automatik kepada penerima STR sahaja.
Bantuan ini akan disalurkan secara terus ke dalam Mykad masing-masing, membolehkan penerima menggunakan bantuan tersebut untuk pembelian harian. Setiap individu tidak boleh menukar bantuan kepada tunai, amaun bantuan ini hanya boleh digunakan untuk beli barangan keperluan asas di pasaraya dan kedai runcit berdaftar.
Dengan adanya program ini, diharapkan ia akan menjadi satu titik perubahan dalam kehidupan mereka yang terjejas dan memberikan sedikit kelegaan kepada beban kewangan yang diperoleh akibat keadaan ekonomi semasa.
JUMLAH BAYARAN BANTUAN EWALLET SARA MENGIKUT KELAYAKAN
Untuk makluman umum, jumlah keseluruhan Sumbangan Asas Rahmah pada tahun ini adalah sehingga RM2100 setahun. Berikut dikongsikan maklumat berkenaan kadar jumlah SARA mengikut kelayakan setiap kategori ;
- Kategori isi rumah B40 / bukan Miskin : RM900 setahun
- Kategori isi rumah miskin / miskin tegar : RM2100 setahun
- Kategori warga emas B40 / bukan miskin : RM450 setahun
- Kategori warga emas miskin / miskin tegar : RM1650 setahun
- Kategori bujang : RM600 setahun.
Nota : Pembayaran SARA bagi kategori miskin disalurkan setiap bulan mulai Januari hingga Disember. Manakala kategori bukan miskin dan B40 mula disalurkan pada April hingga Disember 2025.
Untuk kenalpasti sama ada anda layak menerima bantuan ewallet ini atau tidak, semakan boleh dilakukan secara terus melalui laman portal rasmi – https://www.mykasih.com.my/
LEBIH INFO BANTUAN
Sepanjang tahun ini kerajaan telah sediakan pelbagai program kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan kepada rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – CEK DISINI sebagai rujukan masyarakat.
The post Bantuan eWallet RM100 – RM200 Julai 2025 Untuk Isi Rumah appeared first on Carianterbaru.