BANTUANeWalletSARA

Bantuan eWallet RM200 Julai 2025 Telah Mula Dikreditkan

Bantuan eWallet RM200 Julai 2025 telah mula dikreditkan secara berperingkat ke dalam MyKad penerima yang berstatus rakyat Malaysia. Dasar ini dilaksanakan untuk memberikan sokongan kepada individu dan keluarga yang memerlukan.

Bantuan ini adalah sebahagian daripada program Sumbangan Asas Rahmah yang bertujuan untuk memastikan keselamatan kewangan dalam kalangan penduduk, terutamanya di saat-saat yang mencabar.

PEMBERIAN BANTUAN EWALLET RM200 JULAI 2025

Kerajaan perpaduan telah melancarkan sebuah inisiatif Sumbangan Asas Rahmah pada tahun ini. Program ini merupakan bantuan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Pemberian SARA Mykasih ini diberikan dalam bentuk ewallet yang dikreditkan secara automatik setiap bulan ke dalam mykad. Penerima boleh gunakan bantuan tersebut untuk beli barangan keperluan asas di pasaraya dan kedai runcit.

Sekitar 5.4 juta penduduk Malaysia layak untuk menerima insentif SARA pada bulan ini. Kriteria kelayakan termasuklah mereka yang berada dalam golongan berpendapatan rendah serta individu yang berada dalam kelompok B40.

Merupakan langkah proaktif, bantuan ini dijangka dapat membantu meringankan beban kewangan dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat. Bagi mereka yang ingin membuat semakan status bayaran sumbangan asas rahmah, prosesnya adalah mudah.

Anda boleh melayari laman web rasmi yang disediakan oleh kerajaan atau menggunakan aplikasi mudah alih yang berkaitan (MYKASIH). Hanya masukkan maklumat peribadi yang diperlukan dan semak status kelayakan serta bayaran yang telah dikreditkan.

Dengan ini, rakyat Malaysia dapat memastikan mereka menerima bantuan yang sedia ada secara tepat pada masanya. Perlaksanaan bantuan ewallet ini dilancarkan setiap bulan sehingga Disember 2025.

KADAR BAYARAN BANTUAN MENGIKUT KATEGORI JULAI INI

Sebagai rujukan, berikut dikongsikan kadar jumlah bayaran bantuan ewallet SARA yang dikreditkan pada bulan ini mengikut kelayakan kategori ;

  • Bujang B40 : RM0
  • Bujang miskin : RM50
  • Isi rumah B40 : RM100
  • Isi rumah miskin : RM200
  • Warga emas B40 : RM50
  • Warga emas miskin : RM150.

Jika anda penerima bantuan tunai STR 2025, anda layak untuk semak status kelayakan SARA mykasih pada tahun ini. Untuk cek status, sila layari laman web rasmi – https://www.mykasih.com.my/ atau melalui aplikasi Mykasih yang boleh dimuat turun di apps store telefon pintar.

BANTUAN LAIN

Terdapat lebih banyak lagi program, kemudahan dan inisiatif bantuan kewangan yang boleh dimohon rakyat pada tahun ini. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan pada tahun 2025 – CEK DISINI sebagai rujukan umum masyarakat.

The post Bantuan eWallet RM200 Julai 2025 Telah Mula Dikreditkan appeared first on Carianterbaru.

Show More
Back to top button