BANTUANBantuan SosialJKMKanak-kanak

Bantuan Anak RM250 Sebulan Melalui Program BKK

Bantuan anak RM250 sebulan sehingga RM1000 sebulan boleh dimohon melalui program BKK 2025 yang disediakan oleh kerajaan. Program Bantuan Kanak-Kanak (BKK) di bawah kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan bantuan sebanyak RM250 sebulan kepada kanak-kanak dari keluarga yang berkelayakan.

Inisiatif ini bertujuan untuk menyokong perkembangan dan kesejahteraan anak-anak dalam kelompok yang memerlukan, memastikan akses kepada keperluan asas seperti pendidikan, makanan, dan kesihatan.

PROGRAM BANTUAN ANAK RM250 SEBULAN

Bantuan kanak-kanak adalah merupakan salah satu inisiatif dibawah Bajet Belanjawan 2025. Program ini disediakan khusus kepada golongan yang terjejas dan memerlukan.

Permohonan bantuan ini terbuka sepanjang tahun untuk keluarga yang memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Faktornya termasuk pendapatan keluarga, jumlah tanggungan, serta keadaan sosio-ekonomi.

Oleh itu, adalah penting untuk mendapatkan maklumat penuh tentang syarat yang diperlukan sebelum mengisi borang permohonan. Proses untuk memohon bantuan RM250 sebulan ini mudah dan mesra pengguna.

Keluarga yang layak boleh mengisi borang permohonan secara dalam talian atau secara manual di pejabat terdekat. Manfaat dari bantuan kanak-kanak ini bukan sahaja memberikan sokongan kewangan tetapi juga memberikan harapan dan peluang yang lebih baik untuk masa depan anak-anak.

Dengan adanya sokongan ini, diharapkan keluarga dapat memberi perhatian yang lebih kepada pendidikan dan kesejahteraan anak-anak mereka. Pihak JKM mengalu-alukan kepada mereka yang memerlukan untuk kemukakan permohonan bantuan ini.

KADAR BANTUAN ANAK (BKK) SEBULAN

Dibawah disediakan kadar jumlah bayaran bantuan BKK setiap bulan mengikut kategori ;

  • RM250 sebulan : Kategori anak berumur 6 tahun dan kebawah
  • RM200 sebulan : Kategori anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun
  • RM1000 sebulan : Kadar maksimum bayaran bantuan BKK sebulan bagi setiap keluarga.

Pengiraan umur anak adalah berdasarkan tahun kelahiran bukan tarikh lahir anak.

APA SYARAT KELAYAKAN MOHON BANTUAN ANAK?

Bagi mendapatkan manfaat bantuan BKK ini, pemohon perlu menepati beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti ;

  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan bulanan isi rumah keluarga dibawah (PGK) pendapatan garis kemiskinan
  • Pemohon merupakan penjaga kepada kanak-kanak berumur dibawah 18 tahun
  • Anak diatas 18 tahun layak dipertimbangkan jika bersekolah sehingga menengah atas.

CARA DAFTAR BANTUAN KANAK-KANAK

Untuk makluman umum, terdapat 2 kaedah permohonan BKK pada tahun ini seperti berikut ;

PENDAFTARAN SECARA DALAM TALIAN

  1. Layari laman web rasmi kerajaan – eBantuan JKM
  2. Pilih pada bahagian bantuan yang ingin dimohon
  3. Isi borang dan sertakan dokumen yang diperlukan
  4. Hantar permohonan dan hadir ke pejabat JKM untuk pengesahan.

PENDAFTARAN SECARA MANUAL

  • Pemohon boleh pergi ke pejabat kebajikan daerah berdekatan ambil borang JKM 18 (isi dan hantar semula)
  • Serahkan borang secara manual bersama dokumen dan dapatkan resit penerimaan permohonan.

Nota : Setiap permohonan akan melalui proses penilaian dan jika lulus anda akan dimaklumkan dalam tempoh masa terdekat.

BANTUAN-BANTUAN LAIN

Selain bantuan anak, terdapat banyak lagi program inisiatif yang boleh dimohon oleh rakyat terutama golongan B40 dan miskin. Sebagai panduan, anda boleh semak Senarai bantuan yang ada dan layak untuk didapatkan.

The post Bantuan Anak RM250 Sebulan Melalui Program BKK appeared first on Carianterbaru.

Show More
Back to top button