Akaun 3KEMUDAHANKWSPPengeluaran KWSP

Kemudahan Akaun-3 KWSP : Pengeluaran Bila-Bila Masa

Kemudahan Akaun-3 KWSP menawarkan inisiatif pengeluaran yang fleksibel kepada semua ahli yang memerlukan akses kepada simpanan mereka. Sejak pelaksanaan pada tahun 2023, ramai ahli telah mengambil kesempatan daripada kemudahan ini untuk memenuhi keperluan kewangan jangka pendek.

KEMUDAHAN AKAUN-3 KWSP (FLEKSIBEL)

Salah satu kelebihan utama pengeluaran KWSP Akaun-3 adalah kebolehannya untuk dilakukan pada bila-bila masa. Ini memberi ahli peluang untuk mengatasi keadaan kecemasan dan keperluan segera tanpa perlu melalui proses yang rumit.

Kemudahan ini menjadikan ia pilihan yang ideal ketika menghadapi situasi kewangan yang tidak terduga. Walaupun kemudahan pengeluaran ini memberikan akses yang mudah, adalah penting untuk menggunakan pilihan ini dengan bijak.

Ahli disarankan untuk merancang pengeluaran mereka dan hanya mengambil jumlah yang diperlukan. Ini adalah langkah penting untuk memastikan simpanan dalam akaun KWSP masih berada pada tahap optimum untuk masa depan.

SYARAT LAYAK KELUARKAN WANG KWSP AKAUN-3

Berikut adalah syarat khusus kelayakan pengeluaran melalui akaun fleksibel KWSP ;

  • Warganegara Malaysia dan bukan warganegara
  • Ahli KWSP berumur belum mencapai 55 tahun
  • Mempunyai simpanan dalam akaun 3 / fleksibel
  • Pengeluaran dibenarkan pada bila-bila masa dengan had amaun pengeluaran serendah RM50.

Nota : Hanya ahli (pencarum) KWSP berstatus warganegara Malaysia dan pemastautin tetap (PR) sahaja yang layak mohon pengeluaran akaun fleksibel secara online. Bagi bukan warganegara Malaysia, permohonan hanya dibenarkan secara manual di mana-mana cawangan pejabat KWSP.

APA YANG PERLU ANDA TAHU BERKENAAN AKAUN-3?

Dokumen sokongan : Ahli (pemohon) tidak perlu mengemukakan sebarang dokumen sokongan. Namun ahli perlu memastikan akaun bank dalam keadaan berstatus ‘Aktif’ bagi memastikan proses bayaran pengeluaran berjalan lancar.

Pengesahan Cap Jari : Pengesahan identiti dilakukan secara automatik melalui sistem yang disediakan (eKYC). Keperluan perlu hadir ke pejabat KWSP atau SST bagi pengesahan CIJ bergantung kepada jumlah amaun pengeluaran yang ingin dilakukan.

Permohonan Pengeluaran : Jika anda berminat dan berkeperluan, permohonan boleh dilakukan secara dalam talian. Untuk panduan selengkapnya, sila rujuk pada laman web rasmi – https://www.kwsp.gov.my/ms/ahli/fasa-kehidupan/pengeluaran-akaun-fleksibel

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat banyak lagi kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan MADANI sepanjang tahun ini. Sila lihat senarai insentif yang ada dan berkelayakan untuk anda dapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan masyarakat.

The post Kemudahan Akaun-3 KWSP : Pengeluaran Bila-Bila Masa appeared first on Carianterbaru.

Show More
Back to top button