B40BANTUANBantuan KerajaanMyKadSARA

Bantuan RM100 untuk B40 Setiap Bulan Sehingga Disember

Bantuan RM100 untuk B40 – Dalam usaha untuk membantu keluarga berpendapatan rendah, kerajaan memperkenalkan Program Sumbangan Asas Rahmah. Program ini ditujukan khas untuk keluarga B40 yang berkelayakan untuk menerima bantuan kewangan sebanyak RM100 setiap bulan.

Bantuan ini akan dikreditkan terus ke dalam MyKad penerima, memudahkan mereka untuk menggunakannya dalam pembelian barangan keperluan asas.

Siapa yang Layak untuk Menerima Bantuan RM100 ini?

Keluarga yang tergolong dalam kategori B40 adalah layak untuk menebus bantuan RM100 ini. Dengan tujuan untuk meningkatkan taraf hidup, bantuan ini menyediakan sokongan kepada mereka yang benar-benar memerlukannya.

Program Sumbangan Asas Rahmah ini terbahagi kepada 3 kategori iaitu bujang, isi rumah dan warga emas. Jumlah bayaran bantuan ini adalah sehingga RM2,100 setahun dan kadar ditentukan mengikut kategori.

Setiap kategori akan menerima bayaran SARA setiap bulan kada kadar RM50, RM100, RM150 dan RM200. Bantuan ini diberikan secara automatik tanpa perlu kemukakan permohonan.

Bagaimana untuk Menggunakan Bantuan RM100 Untuk B40?

Bantuan RM100 ini tidak seharusnya diabaikan. Ia boleh digunakan untuk membeli barang-barang keperluan asas seperti makanan, ubat-ubatan, dan keperluan harian lain.

Menariknya, bayaran ini boleh diclaim setiap bulan sehingga Disember 2025, memberikan waktu yang cukup panjang untuk keluarga B40 merasakan manfaatnya. Pastikan anda memeriksa syarat dan ketentuan yang tepat untuk memastikan anda tidak terlepas peluang yang disediakan oleh program ini.

Kepada penerima, anda hanya perlu membawa mykad/ IC di pasaraya dan kedai runcit berdaftar. Untuk pembayaran hanya melalui mykad di kaunter pembayaran dan jika pembelanjaan melepasi amaun bantuan, anda hanya perlu membayar baki sahaja.

KRITERIA KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA

Berikut adalah kriteria khusus kelayakan menerima bayaran bantuan SARA 2025 ;

  • Warganegara Malaysia (5.4 juta penerima)
  • Merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2025)
  • Berstatus miskin, miskin tegar, B40 dan bukan miskin
  • Golongan belia, warga emas dan isi rumah.

Nota : Jika anda berkelayakan, semakan status boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web rasmi – MySARA 2025

MAKLUMAT SELANJUTNYA

Terdapat lebih banyak lagi inisiatif dan bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan sepanjang tahun ini bagi membantu golongan memerlukan. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan bersesuaian untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

The post Bantuan RM100 untuk B40 Setiap Bulan Sehingga Disember appeared first on Carianterbaru.

Show More
Back to top button