Baki Bayaran Bantuan STR Fasa 3 & Fasa 4 bagi sesi 2025 akan dikreditkan pada bulan Ogos dan November tahun ini. Untuk makluman umum, Ogos dan November adalah jadual asal bayaran STR fasa 3 dan 4, namun tarikh rasmi akan dimaklumkan sebelum pembayaran.
BAKI BAYARAN BANTUAN STR TAHUN 2025
Seperti sedia maklum, pemberian Sumbangan Tunai Rahmah atau bantuan tunai STR adalah salah satu inisiatif di bawah Belanjawan 2025. Program STR pada tahun ini memberi manfaat kepada lebih daripada 9 juta penduduk Malaysia.
Pembayaran STR fasa 1 dan fasa 2 telahpun selesai dikreditkan pada bulan Januari dan April lalu secara berperingkat. Kadar jumlah bayaran STR 2025 adalah sehingga RM2,500 dan jumlah tidak termasuk bayaran SARA.
Kategori penerima yang layak menerima insentif STR adalah belia bujang (21 tahun keatas), warga emas (60 tahun keatas) dan isi rumah (B40 & M40). Jumlah bayaran ditentukan mengikut kelayakan kategori dan bilangan tanggungan anak.
Sebagai panduan, berikut adalah jadual bagi baki bayaran STR fasa berikutnya ;
- STR Fasa 3 : Bakal dikreditkan awal bulan Ogos 2025 (tarikh akan dikemaskini)
- STR Fasa 4 : Bakal dikreditkan awal bulan November 2025 (tarikh akan dikemaskini)
KADAR BAYARAN BANTUAN STR MENGIKUT KATEGORI
Kepada mereka yang terlepas pandang, berikut adalah perkongsian berkenaan jumlah keseluruhan bayaran STR mengikut kategori ;
- Kategori isi rumah B40 : RM1000 – RM2500 setahun
- Kategori isi rumah M40 : RM500 – RM1,250 setahun
- Kategori warga emas : RM900 setahun
- Kategori bujang : RM600 setahun.
BERAPA KADAR BAYARAN STR FASA 3 & FASA 4?
Buat masa ini masih belum dimaklumkan berkenaan kadar bayaran STR fasa 3 dan fasa 4 mengikut setiap kategori. Namun sebagai penerima STR, anda boleh membuat rumusan sendiri berkenaan berapa jumlah bayaran yang akan anda terima pada baki fasa berikutnya.
Anda hanya perlu tambahkan bayaran STR fasa 1 dan fasa 2 yang telah anda terima dan tolakan dengan jumlah keseluruhan. Baki dan penolakan tersebut adalah jumlah yang akan akan terima pada fasa 3 dan fasa 4 nanti.
KEMASKINI & SEMAKAN STATUS BAYARAN STR 2025
Kementerian Kewangan telah membuka portal rasmi –MySTR 2025 untuk seluruh rakyat Malaysia membuat semakan status bayaran dan kemaskini maklumat terkini jika berlaku sebarang perubahan. Anda boleh layari laman web tersebut untuk rujukan berkenaan STR.
RUMUSAN SELANJUTNYA
Kerajaan MADANI telah memperkenalkan pelbagai program kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan pada tahun ini bagi memberi manfaat kepada golongan B40. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.
The post Baki Bayaran Bantuan STR Fasa 3 & Fasa 4 Bila Dikreditkan? appeared first on Carianterbaru.