Bantuan RM900 MyKad Untuk Golongan B40 : Semak Segera
Bantuan RM900 Mykad telah mula dikreditkan kepada penerima yang tergolong dalam golongan B40 melalui program SARA. Inisiatif ini bertujuan untuk memberikan sokongan kepada mereka yang memerlukan dan membantu mengurangkan beban perbelanjaan harian.
PEMBERIAN BANTUAN RM900 MYKAD (B40)
Seperti sedia maklum Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah merupakan lanjutan daripada program Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Bantuan ini dikreditkan secara terus ke dalam mykad penerima STR sahaja tanpa perlu memohon.
Untuk makluman umum, pembayaran sesi kedua SARA akan memberi manfaat kepada 5.4 juta penduduk Malaysia. Kategori yang terlibat adalah bujang, isi rumah dan warga emas berstatus B40, bukan miskin dan miskin tegar.
Melalui program SARA, penerima bantuan diharapkan dapat menggunakan sumbangan ini untuk keperluan asas. Program ini akan dilaksanakan secara berperingkat (bulanan) dari bulan April hingga Disember 2025.
Dengan pelanjutan tempoh perlaksanaan, lebih ramai golongan bukan miskin juga boleh merasai manfaat daripada Sumbangan Asas Rahmah yang diperkenalkan. Kepada penerima STR tahun ini anda boleh membuat semakan status kelayakan SARA.
KADAR BANTUAN MYKAD MENGIKUT KATEGORI
Untuk makluman, sumbangan ini tidak hanya terhad kepada golongan miskin tegar, ianya juga akan melibatkan golongan B40. Sekarang, perlaksanaan sumbangan asas telah diperluas untuk merangkumi golongan bukan miskin.
Bagi yang terlepas pandang, berikut dikongsikan kadar jumlah bayaran SARA MYKAD mengikut kelayakan setiap kategori ;
- Kategori isi rumah (STR & EKasih) : RM2,100 setahun
- Kategori isi rumah (STR sahaja) : RM900 setahun
- Kategori warga emas (STR & EKasih) : RM1,650 setahun
- Kategori warga emas (STR sahaja) : RM450 setahun
- Kategori bujang (STR & Ekasih) : RM600 setahun
- Kategori bujang (STR sahaja) : RM0 (tiada bayaran).
Nota : Bermula April hingga Disember 2025, kerajaan kreditkan bantuan SARA ini pada kadar RM50 – RM200 setiap bulan. Untuk semak sama ada anda layak atau tidak dan berapa jumlah sepatutnya anda terima, sila layari laman rasmi – https://www.mykasih.com.my/
SELANJUTNYA
Kerajaan MADANI telah perkenalkan bermacam program dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan bagi mengurangkan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan bersesuaian untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan.
The post Bantuan RM900 MyKad Untuk Golongan B40 : Semak Segera appeared first on Carianterbaru.