BANTUANBantuan dan SubsidiMADANISubsidiSubsidi MADANI

Bantuan Subsidi RM200 Dikreditkan Mulai 9 Mei 2025

Bantuan Subsidi RM200 akan disalurkan secara berperingkat kepada penerima yang berkelayakan mulai 9 Mei ini, hari Jumaat. Program ini adalah sebahagian daripada inisiatif untuk membantu golongan yang memerlukan melalui program BUDI MADANI.

Ianya direka khas untuk memberikan sokongan kepada mereka yang sedang menghadapi kesusahan ekonomi.

PROGRAM BANTUAN SUBSIDI RM200 SEBULAN

Kepada mereka yang terlepas pandang, kerajaan telah memperkenalkan sebuah program BUDI MADANI pada tahun ini. Perlaksanaan program ini adalah bagi menyasarkan semula subsidi bahan api bagi mengekang aktiviti penyeludupan dan ketirisan subsidi rakyat.

Bagi mereka yang ingin memanfaatkan bantuan subsidi ini, terdapat kriteria khusus yang perlu dipenuhi. Program Budi Madani menyasarkan individu dan keluarga yang tergolong dalam kategori berpendapatan rendah dan memerlukan sokongan dalam bentuk subsidi bahan api.

Oleh itu, pemohon dinasihatkan untuk memastikan mereka memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan sebelum membuat permohonan. Untuk makluman umum, pendaftaran permohonan dibuka sepanjang tahun 2025.

KATEGORI MOHON BANTUAN SUBSIDI

Seperti sedia maklum terdapat 2 kategori utama yang disediakan dalam program budi madani 2025 yang boleh dimohon.

BUDI MySubsidi Diesel

Pengangkutan darat – Sistem kawalan diesel bersubsidi (SKDS) ialah platform khas untuk kenderaan awam dan pengangkutan barangan terpilih.

BUDI Agri-komoditi

Petani dan pekebun kecil – Bantuan subsidi secara tunai disediakan untuk golongan para petani, pekebun dan penternak. Mereka yang berdaftar dengan Kementerian terlibat untuk dimanfaatkan susulan kenaikan kos diesel jentera pertanian yang digunakan.

BUDI Individu

Individu – Bantuan subsidi tunai bulanan disediakan kepada pemilik kenderaan jenis diesel dengan kelayakan yang ditetapkan. Bantuan RM200 ini dapat menampung kenaikkan kos pengangkutan harian indivdu yang menggunakan kenderaan.

BAYARAN BANTUAN SUBSIDI BUDI MADANI

Pembayaran bantuan RM200 setiap bulan akan dilakukan secara berperingkat dan proses ini memastikan bahawa ia sampai kepada golongan yang betul dan memerlukan dengan segera. Penerima yang layak akan mendapat maklumat lanjut berserta arahan mengenai cara penerimaan bantuan tersebut.

Kerajaan ingin memastikan bantuan sampai ke tangan yang memerlukan, serta memberikan kelegaan dalam menghadapi kos kehidupan yang meningkat.

ADAKAH BOLEH MEMOHON PADA BULAN MEI?

Boleh, jika anda menetapi kelayakan permohonan boleh dikemukakan pada bulan ini secara dalam talian. Untuk panduan mohon dan butiran lengkap, sila layari laman rasmi BUDI MADANI – https://budimadani.gov.my/

MAKLUMAT LANJUT

Sepanjang tahun ini kerajaan perpaduan telah sediakan pelbagai program dan kemudahan khususnya berbentuk bantuan kewangan bagi memberi manfaat kepada rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

The post Bantuan Subsidi RM200 Dikreditkan Mulai 9 Mei 2025 appeared first on Carianterbaru.

Show More
Back to top button