Pembayaran Bantuan SARA RM200 Dikreditkan Mei Ini
Pembayaran bantuan SARA RM200 akan dikreditkan Mei ini bagi membantu kategori penerima miskin, B40, dan bukan miskin tegar. Pemberian insentif bulanan ini bertujuan untuk menyokong golongan yang memerlukan dan menjaga kesejahteraan mereka.
PEMBAYARAN BANTUAN SARA RM200 SEBULAN
Bermula April sehingga Disember tahun ini, sesi kedua pembayaran Sumbangan Asas Rahmah (MySARA) akan mula disalurkan. Kadar bayaran yang diberikan adalah RM50, RM100, RM150 & RM200, jumlah adalah berdasarkan kategori kelayakan.
Menurut maklumat terkini, sekitar 5 juta penerima STR berkelayakan akan menerima bayaran ini secara automatik. Pembayaran bantuan asas Rahmah (SARA) ini merupakan satu insentif tambahan lebih kepada bantuan STR yang telah sedia ada.
Ini menunjukkan komitmen kerajaan dalam membantu keluarga yang memerlukan. Setiap bulan, penerima akan menerima bantuan bulanan sebanyak RM50 hingga RM200.
Pembayaran ini akan dikreditkan secara automatik sehingga Disember 2025. Inisiatif ini diharapkan dapat mengurangkan beban kewangan yang dihadapi oleh penerima dan memberi mereka peluang untuk menjalani kehidupan yang lebih baik.
SEMAK STATUS PENERIMA BANTUAN SARA RM200 MEI INI
Setiap pengguna MykAD atau warganegara Malaysia boleh membuat semakan status kelayakan penerima SARA ini. Untuk ketahui sama ada anda layak menerima insentif ini pada bulan Mei, sila ikuti panduan dibawah :
- Layari laman web rasmi – https://www.mykasih.com.my/
- Klik pada butang ‘Semak Status’
- Masukkan nombor kad pengenalan anda
- Maklumat bayaran SARA akan dipaparkan pada skrin jika anda layak.
Nota : Amaun bantuan yang dikreditkan ke dalam mykad boleh digunakan untuk membeli barang-barang keperluan asas di pasaraya dan kedai runcit seluruh Malaysia.
DIMANA BOLEH GUNA BANTUAN SARA INI?
Seperti yang sedia maklum, bantuan ini tidak diberikan secara tunai seperti STR, bayaran dikreditkan dalam bentuk ewallet ke dalam mykad. Bantuan boleh ditebus untuk pembelian barang di pasaraya seperti :
- Econsave
- Giant
- Lotus’s
- Mydin
- The Store
- KK Mart
- Speed Mart 99
- Pasar mini.
MAKLUMAT LANJUT
Selain SARA, terdapat lebih banyak lagi kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan telah disediakan kerajaan MADANI bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan layak untuk dapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.
The post Pembayaran Bantuan SARA RM200 Dikreditkan Mei Ini appeared first on Carianterbaru.