Bantuan E-Kasih RM200 Sebulan : Kadar Baharu Bermula April
Bantuan E-Kasih RM200 sebulan adalah merupakan kadar baharu yang telah dilaksanakan bermula April sehingga Disember 2025. Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) telah diperkenalkan sebagai inisiatif untuk membantu golongan yang memerlukan di Malaysia.
Dengan objektif memperbaiki taraf hidup, program ini kini memberi sumbangan yang lebih besar kepada penerima yang layak. Bantuan e-kasih ini bertujuan untuk menyokong mereka dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat.
PROGRAM BANTUAN E-KASIH RM200
Mulai April 2025, kadar bantuan e-kasih melalui program SARA telah dinaikkan kepada RM200 sebulan. Kenaikan ini menunjukkan komitmen kerajaan dalam menangani isu kemiskinan dan menawarkan perlindungan sosial untuk 5.4 juta penduduk Malaysia.
Dengan bantuan yang lebih tinggi, diharapkan ia dapat meringankan beban kewangan dan meningkatkan kualiti kehidupan penerima. Untuk penjelasan, bantuan SARA ini hanya diberikan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sahaja.
Namun terdapat 2 kategori bagi mereka yang menerima bayaran SARA iaitu berstatus (STR sahaja) dan (Ekasih / STR). Untuk lebih mudah faham, STR untuk penerima bukan miskin (B40), manakala (Ekasih) untuk penerima miskin dan miskin tegar.
Implikasi daripada peningkatan bantuan e-kasih ini adalah positif dan meluas. Dengan lebih ramai individu dan keluarga yang menerima manfaat, program ini bukan sahaja membantu pihak yang memerlukan tetapi juga menyemarakkan pertumbuhan ekonomi secara keseluruhan.
Kerajaan berharap bantuan ini akan dapat meringankan beban kos sara hidup pada waktu ini khusus untuk golongan terjejes. Nilai bayaran bulanan SARA ini boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di kedai dan pasaraya seluruh Malaysia.
KADAR BANTUAN BAHARU EKASIH
Sebagai pengetahuan umum, berikut adalah kadar jumlah bayaran baharu bantuan ekasih bermula April – Disember 2025 :
- Kategori isi rumah : RM200 (Ekasih), RM100 (STR)
- Kategori warga emas : RM150 (Ekasih), RM50 (STR)
- Kategori bujang : RM50 (Ekasih), RM0 (STR).
Nota : Bermula April ini sekitar 5 juta penduduk Malaysia layak menerima manfaat daripada insentif bulanan ini. Jika anda merupakan penerima STR anda layak untuk semak status pembayaran SARA ini.
Untuk cek sama ada anda layak atau tidak dan berapa jumlah bayaran anda terima, sila kunjungi laman rasmi – MYKASIH SARA
MAKLUMAT SELANJUTNYA
Terdapat lebih banyak program bantuan tunai telah disediakan sepanjang tahun ini oleh kerajaan MADANI bagi memberi manfaat kepada rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan bersesuaian untuk kalian dapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.
The post Bantuan E-Kasih RM200 Sebulan : Kadar Baharu Bermula April appeared first on Carianterbaru.