Kelayakan penerima bantuan SARA terbaharu bagi bulan April sehingga Disember 2025 telah dimaklumkan oleh Kementerian Kewangan. Bantuan sumbangan asas rahmah (SARA) adalah inisiatif yang diperkenalkan untuk membantu golongan B40 dan individu bukan miskin di Malaysia.
Melalui program ini, bantuan kewangan diberikan untuk meningkatkan taraf hidup mereka yang terkesan, terutama dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa.
KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA TERBAHARU
Program bantuan SARA bagi sesi kedua ini berkuatkuasa dari April sehingga Disember 2025. Pemberian SARA kali ini akan memberi manfaat kepada sekitar 5.4 juta penduduk Malaysia dari kategori bujang, isi rumah dan warga emas.
Kelayakan penerima telah ditetapkan dan setiap penerima akan mendapat insentif bulanan berjumlah antara RM50 hingga RM200.
Bagi sesi kedua ini, golongan miskin, bukan miskin dan B40 layak menerima manfaat. Kadar bayaran ini diharapkan dapat meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh penerima.
Sumbangan Asas Rahmah ini disalurkan secara terus ke dalam akaun MyKad setiap penerima. Mereka yang layak, amaun yang dikreditkan setiap bulan tersebut boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas.
Berikut adalah jumlah bayaran SARA yang disalurkan dari April – Disember 2025 mengikut kategori :
- Isi rumah (STR & EKASIH) : RM200
- Isi rumah (STR sahaja) : RM100
- Warga emas (STR & EKASIH) : RM150
- Warga emas (STR sahaja) : RM50
- Bujang (STR & EKASIH) : RM50
- Bujang (STR sahaja) : RM0.
SEMAK STATUS PENERIMA BANTUAN SARA
Untuk layak menerima bantuan ini, individu mesti merupakan warganegara Malaysia dan telah lulus dalam sumbangan tunai rahmah (STR). Proses semakan dapat dilakukan menerusi saluran yang ditetapkan.
Untuk panduan selengkapnya dan semak status sama ada anda layak atau tidak, sila kunjungi halaman rasmi – MySARA 2025
Diharapkan dengan adanya program bantuan sumbangan asas rahmah ini dapat memberikan impak positif kepada golongan yang berkelayakan dan memperbaiki kualiti hidup mereka dalam jangka panjang.
INFO SELANJUTNYA
Kerajaan MADANI telah menyediakan bermacam jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan bersesuaian untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.
The post Kelayakan Penerima Bantuan SARA April – Disember 2025 appeared first on Carianterbaru.