Bantuan RM100 & RM200 (Fasa 3) akan disalurkan pada bulan ini secara terus ke dalam MyKad penerima STR yang berkelayakan. Pada bulan Mac ini, bayaran bantuan sumbangan asas rahmah (sara) berjumlah RM100 dan RM200 akan disalurkan kepada penerima yang layak.
Bantuan ini bertujuan untuk membantu mereka yang memerlukan sokongan kewangan dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa. Kategori penerima yang terlibat termasuk bujang, isi rumah, dan warga emas.
PEMBERIAN BANTUAN RM100 & RM200 (FASA 3)
Kategori yang layak mendapatkan manfaat ini adalah penerima yang merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan berada dalam senarai Ekasih. Bantuan ini adalah sebagai pengiktirafan kepada mereka yang mungkin menghadapi kesulitan dalam menguruskan perbelanjaan harian.
Untuk makluman umum, pada tahun ini lebih daripada 700,000 penduduk Malaysia layak menerima insentif SARA ini termasuklah golongan B40. Inisiatif bantuan tambahan STR ini tidak memerlukan sebarang permohonan, bantuan diberikan secara automatik berdasarkan kelayakan.
Bagi mereka yang belum kemaskini, adalah penting untuk memastikan maklumat peribadi anda terkini agar proses pembayaran dapat dilaksanakan dengan lancar. Anda dinasihatkan untuk memeriksa laman web rasmi atau agensi berkenaan untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara semakan dan proses seterusnya.
KATEGORI PENERIMA BANTUAN RM100 & RM200
Kadar bantuan yang disalurkan pada bulan ini adalah seperti berikut :
- RM100 : Penerima STR berstatus Miskin
- RM200 : Penerima STR berstatus Miskin tegar
Nota : Bagi kategori B40 (bukan miskin / miskin tegar) tarikh bayaran bantuan SARA akan dimaklumat pada waktu yang ditetapkan. Segala maklumat berkenaan SARA akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
KEMASKINI & SEMAKAN STATUS BAYARAN SARA
Pastikan anda tidak terlepas peluang untuk mendapatkan bantuan ini yang dapat memberikan dampak positif dalam kehidupan seharian. Jika anda merupakan penerima STR pada tahun ini, semakan status boleh dicek melalui laman rasmi MySARA – https://www.mykasih.com.my/
MAKLUMAT SELANJUTNYA
Pelbagai kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan sepanjang tahun ini bagi memberi manfaat kepada rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan bersesuaian untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan.
The post Bantuan RM100 & RM200 Disalurkan Bulan Mac Ini appeared first on Carianterbaru.