Bayaran SARA Fasa Ketiga Disalurkan Ramadan Ini
Bayaran SARA fasa ketiga (Sumbangan Asas Rahmah) akan mula disalurkan pada bulan Ramadan ini yang bersamaan dengan Mac 2025. Inisiatif ini bertujuan untuk memberikan sokongan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang terdiri daripada kategori bujang, warga emas, dan isi rumah.
Pendekatan ini mencerminkan usaha kerajaan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat melalui bantuan kewangan yang lebih berkesan.
BAYARAN SARA MYKASIH FASA KETIGA
Seperti yang telah dimaklumkan Kementerian Kewangan, inisiatif SARA pada tahun ini akan memberi manfaat kepada lebih penerima STR. Bukan itu sahaja, penerima yang berstatus B40 juga turut akan menerima bantuan pada kadar lebih rendah berbanding miskin tegar.
Bantuan ini menawarkan kadar bayaran yang berbeza, iaitu antara RM50 hingga RM200 setiap bulan, bergantung kepada kategori kelayakan penerima. Kategori bujang dan warga emas, serta isi rumah, berpeluang menerima bantuan ini, yang diharapkan dapat meringankan beban kewangan mereka dalam tempoh yang mencabar.
Proses penyaluran bantuan ini dilakukan secara sistematik untuk memastikan semua penerima menerima amaun yang tepat. Untuk makluman umum, jumlah keseluruhan bayaran SARA 2025 adalah sehingga RM2,100 setahun.
Bantuan ini akan disalurkan secara langsung ke dalam MyKad penerima, membolehkan mereka mengakses bantuan dengan mudah. Amaun yang diterima dapat digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di pasaraya berdaftar di seluruh negara.
Dengan langkah ini, kerajaan berhasrat untuk memastikan bahawa bantuan yang diberikan benar-benar sampai kepada golongan yang memerlukan dan dapat digunakan secara efektif untuk keperluan harian.
SEMAKAN STATUS PENERIMA BAYARAN SARA FASA KETIGA
Sekiranya anda merupakan penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah pada tahun ini, semakan status sama ada layak atau tidak menerima insentif tambahan ini boleh disemak secara online. Untuk cek status kelayakan, sila layari laman rasmi – MyKASIH 2025
MAKLUMAT SELANJUTNYA
Pelbagai program, kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan MADANI bagi membantu meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada sepanjang tahun ini dan bersesuaian untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.
The post Bayaran SARA Fasa Ketiga Disalurkan Ramadan Ini appeared first on Carianterbaru.