BANTUANKeusahawananSkim Niaga TekunSkim Pembiayaan

Skim Pembiayaan TEKUN Niaga – Bantuan Untuk Usahawan

Skim Pembiayaan TEKUN Niaga adalah sebuah inisiatif yang diperkenalkan oleh TEKUN Nasional untuk membantu usahawan kecil di Malaysia. Inisiatif ini ditawarkan di bawah kementerian pembangunan usahawan dan koperasi (KUSKOP), bertujuan untuk menjadikan pembiayaan lebih mudah diakses bagi golongan yang memerlukan.

Dengan sokongan ini, usahawan dapat memulakan atau mengembangkan perniagaan mereka dengan lebih berkesan.

SKIM PEMBIAYAAN TEKUN NIAGA

Inisiatif pembiayaan berasaskan Tawarruq ini melibatkan 2 kontrak jual beli yang berasingan. Rakyat Malaysia yang ingin melibatkan diri di dalam perniagaan boleh kemukakan permohonan pembiayaan ini.

Selain usahawan kecil, skim ini juga terbuka kepada mereka yang memerlukan bantuan kewangan untuk memperkukuh perniagaan mereka. Kumpulan sasaran termasuklah individu yang terlibat dalam sektor perniagaan biasa atau yang ingin melakukan transformasi dalam bidang keusahawanan.

Oleh itu, bagi individu yang merasakan mereka layak, penglibatan dalam skim ini sangat digalakkan. TEKUN Nasional menawarkan pelbagai kelebihan melalui skim ini seperti pengurangan prosedur pemohonan yang rumit dan kadar faedah yang berpatutan.

Usahawan kecil dapat memanfaatkan bantuan kewangan ini untuk membeli bahan mentah, mendapatkan peralatan baru dan menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan yang lain. Ini adalah langkah yang bijak untuk memperkukuh kedudukan ekonomi usahawan kecil dalam pasaran.

JUMLAH PEMBIAYAAN TEKUN NIAGA YANG DITAWARKAN

Berikut adalah informasi berkenaan kadar jumlah pinjaman / pembiayaan yang ditawarkan oleh TEKUN :

  • RM10,000 hingga RM50,000 : Kategori (SPK) Skim Pembiayaan Kecil
  • RM50,000 hingga RM100,000 : Kategori (SPS) Skim Pembiayaan Sederhana

Tempoh bayaran balik pinjaman adalah seperti berikut :

  • Kategori Skim Pembiayaan Kecil (SPK) : Sehingga 5 tahun
  • Kategori Skim Pembiayaan Sederhana (SPS) : Sehingga 10 tahun

Nota : Apa yang lebih menarik adalah pemohon yang layak dapat manfaat sumbangan tabung pengurusan 4% setahun dan simpanan wajib 5% setahun.

Kepada anda yang berminat, permohonan boleh dikemukakan secara dalam talian selagi kuota masih dibuka pada tahun ini. Untuk panduan lengkap dan cara mohon, sila layari laman rasmi – TEKUN 2025

MAKLUMAT SELANJUTNYA

Terdapat lebih banyak lagi kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan MADANI bagi mengurangkan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan sesuai untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

The post Skim Pembiayaan TEKUN Niaga – Bantuan Untuk Usahawan appeared first on Carianterbaru.

Show More
Back to top button