Bantuan Barang Dapur RM300 & RM150 : Untuk Kategori B40
Bantuan Barang Dapur RM300 dan RM150 akan dikreditkan secara one-off kepada kategori B40 seluruh Malaysia. Pihak kerajaan telah mengumumkan satu inisiatif penting untuk meringankan beban kos sara hidup golongan B40 melalui program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
BANTUAN BARANG DAPUR RM300 ONE-OFF
Seperti yang sedia maklum, pemberian insentif tambahan SARA sebelum ini telah dilaksanakan bagi kategori miskin tegar. Pada 9 Disember 2024, bantuan ini akan diberikan kepada penerima STR berstatus B40.
Program ini bertujuan untuk menyediakan bantuan barang dapur yang diperlukan oleh mereka yang layak. Kategori penerima yang layak untuk bantuan ini termasuk individu bujang, warga emas, serta isi rumah yang berpendapatan dalam lingkungan B40.
Dengan langkah ini, kerajaan berharap dapat menjangkau lebih ramai rakyat yang memerlukan, terutamanya pada waktu yang mencabar secara ekonomi. Kadar bayaran bantuan telah ditetapkan sebanyak RM150 untuk individu bujang dan warga emas, manakala RM300 bagi isi rumah.
Bantuan khas ini akan memberi peluang kepada penerima untuk membeli barangan keperluan asas seperti makanan dan barang dapur di kedai atau pasaraya yang berdaftar. Program ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan, serta meningkatkan taraf hidup yang dihadapi oleh golongan B40 di negara ini.
SEMAK STATUS PENERIMA BANTUAN BARANG DAPUR
Sekiranya anda merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah dan warganegara Malaysia, semakan status kelayakan boleh dibuat secara dalam talian. Untuk semak status, sila ke laman rasmi MyKasih SARA – https://www.mykasih.com.my/
Jika layak, maklumat anda akan dipaparkan pada skrin semasa semakan dilakukan dan bantuan akan dikreditkan secara terus ke dalam akaun bank pada 9 Disember. Bagi mereka yang tiada kad bank, tebus secara tunai boleh dibuat melalui kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.
Pembayaran SARA ini adalah merupakan fasa terakhir bagi sesi 2024, dan perlaksanaan akan diteruskan pada tahun hadapan dengan kadar baharu.
MAKLUMAT LANJUT
Pada sidang Belanjawan 2025, kerajaan telah perkenalkan lebih banyak program dan inisiatif bantuan kewangan bagi memberi manfaat kepada penduduk Malaysia. Sila lihat senarai insentif yang disediakan dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan.
The post Bantuan Barang Dapur RM300 & RM150 : Untuk Kategori B40 appeared first on Carianterbaru.