BANTUANJKMKewangan & Bantuan

Bantuan Bulanan RM100 – RM350 : Syarat & Panduan Mohon

Bantuan bulanan RM100 – RM350 ditawarkan dalam program yang disediakan oleh pihak JKM dan dibuka sepanjang tahun ini. Dalam usaha untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat, kerajaan Malaysia telah melancarkan program bantuan khas berupa Bantuan Am Persekutuan (BA).

BANTUAN BULANAN RM100 – RM350

Program ini menawarkan bantuan bulanan berjumlah RM100 hingga RM350 kepada individu dan keluarga yang memerlukan. Inisiatif ini diperkenalkan dalam bajet belanjawan 2024 dan bertujuan untuk membantu golongan yang terkesan akibat situasi ekonomi semasa.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bertanggungjawab dalam menyampaikan program ini kepada masyarakat. Kelayakan untuk menerima bantuan bulanan ini terletak pada beberapa syarat tertentu.

Individu atau keluarga yang berpendapatan rendah serta mereka yang berada dalam kategori terdedah kepada risiko kemiskinan boleh membuat permohonan. Proses pemohonan adalah mudah dan terbuka kepada semua yang memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Antara kriteria khusus syarat kelayakan yang telah ditetapkan adalah seperti :

  • Warganegara Malaysia
  • Golongan memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi mana-mana bantuan JKM lain
  • Bermastautin di wilayah persekutuan
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi pendapatan garis kemiskinan (PGK)

DAFTAR PERMOHONAN BANTUAN BULANAN JKM

Cara untuk memohon bantuan ini adalah secara online atau manual melalui pejabat JKM yang berdekatan. Setelah permohonan dihantar, pihak JKM akan membuat penilaian bagi menentukan kelayakan.

Jika permohonan diluluskan, bantuan bulanan hingga RM350 akan disalurkan secara langsung kepada pemohon. Untuk panduan lengkap dan butiran penuh berkenaan bantuan ini, sila layari laman rasmi bantuan kewangan – (BA) JKM

Bantuan ini bukan sahaja akan meringankan beban kewangan, tetapi juga akan memberi dorongan kepada penerima dalam menjalani kehidupan seharian. Sekiranya anda berada dalam golongan B40 dan memerlukan, terdapat lebih banyak inisiatif yang disediakan pada tahun ini dan boleh dimohon jika berkelayakan.

The post Bantuan Bulanan RM100 – RM350 : Syarat & Panduan Mohon appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button