BANTUANfinancial assistanceKewangan dan KebajikanMySARA

MySARA – Bantuan Dikreditkan Berperingkat Oktober Ini

MySARA – Bantuan Khas Sumbangan Asas Rahmah merupakan inisiatif yang diperkenalkan untuk meringankan beban penduduk Malaysia yang berkelayakan. Dalam bulan Oktober ini, pemberian insentif ini akan dikreditkan kepada mereka yang layak, sebagai sokongan kewangan tambahan.

MySARA – BANTUAN TAMBAHAN BULANAN

Inisiatif ini adalah sebahagian daripada belanjawan 2024 yang bertujuan untuk menyediakan sokongan kepada rakyat Malaysia. Bantuan ini diharapkan dapat memberikan kelegaan bagi mereka yang terjejas akibat cabaran ekonomi yang dihadapi.

Sumbangan ini seterusnya menunjukkan komitmen kerajaan dalam memelihara kebajikan rakyat. Untuk makluman umum, insentif ini adalah merupakan lanjutan daripada program bantuan tunai STR.

Pemberian bantuan ini diberikan secara automatik tanpa perlukan permohonan. Kadar jumlah bayaran bantuan yang disalurkan adalah berjumlah RM150, RM300, RM600 dan RM1,200.

Jumlah ditentukan berdasarkan kelayakan kategori dan bilangan anak bagi setiap keluarga. Pada bulan ini, kadar bayaran yang dikreditkan adalah bernilai RM50 dan RM100.

Pada tahun ini, sekitar 700,000 daripada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) layak untuk menerima bantuan tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

SEMAKAN STATUS BAYARAN MYSARA

Sekiranya anda merupakan penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah (STR), anda berkelayakan untuk membuat semakan status bantuan ini. Untuk semakan status dan butiran lengkap, sila layari laman rasmi – MySARA

Jika layak, amaun bantuan yang diberikan boleh digunakan dengan membeli barangan keperluan asas dan pendidikan di mana-mana pasaraya berdekatan. Pembayaran bantuan MySARA ini akan terus disalurkan sehingga Disember 2024.

The post MySARA – Bantuan Dikreditkan Berperingkat Oktober Ini appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button