BANTUANBKKfinancial assistanceKewangan dan Bantuan Kerajaan

Inisiatif Bantuan Kewangan BKK 2024 : Apa Yang Anda Perlu Tahu

Inisiatif bantuan kewangan BKK ditawarkan bermula dari RM150 sehingga RM1000 sebulan bagi setiap keluarga. Dalam usaha untuk meringankan beban kewangan keluarga di Malaysia, Kerajaan telah memperkenalkan program Bantuan Kanak-Kanak (BKK) 2024.

Program ini di bawah pengawasan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan ditujukan kepada keluarga yang memerlukan. Mereka yang menepati kriteria kelayakan boleh kemukakan permohonan sepanjang tahun ini selagi masih dibuka.

INISIATIF BANTUAN KEWANGAN BKK

Inisiatif BKK ini diperkenalkan bertujuan untuk memberikan sokongan bulanan kepada keluarga yang mempunyai anak di bawah umur 18 tahun. Dengan adanya bantuan ini, diharapkan dapat membantu meringankan kos sara hidup, pendidikan, dan keperluan asas lain.

Program ini adalah sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk meningkatkan kesejahteraan sosial masyarakat dan mengurangkan kadar kemiskinan di negara ini. Pecahan kadar jumlah bayaran ditawarkan adalah berperingkat mengikut kategori seperti berikut :

  • RM150 seorang ; Untuk anak 7 tahun hingga 18 tahun
  • RM200 seorang ; Untuk anak 6 tahun dan kebawah
  • RM1000 sekeluarga : Kadar maksimum sebulan.

CARA MOHON INISIATIF BANTUAN KEWANGAN BKK

Keluarga yang layak boleh mengisi borang permohonan yang boleh didapati di laman rasmi JKM atau di pejabat kebajikan masyarakat di kawasan anda. Proses permohonan adalah mudah dan cepat, namun adalah penting untuk memastikan bahawa semua dokumen diperlukan disediakan semasa permohonan.

Setelah permohonan diproses, bantuan bulanan akan dikreditkan ke dalam akaun bank yang dinyatakan. Untuk panduan lengkap cara mohon dan maklumat terperinci, anda boleh layari laman portal rasmi – eBantuan (BKK)

Kesimpulannya, program Bantuan Kanak-Kanak (BKK) 2024 ini adalah langkah positif oleh kerajaan untuk membantu meningkatkan taraf hidup keluarga di Malaysia. Diharapkan semua yang berkelayakan akan memanfaatkan bantuan kewangan ini untuk keperluan harian mereka.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan tunai telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi memberi manfaat kepada rakyat. Kepada mereka yang terlepas pandang, sila semak senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk ketahui info selengkapnya.

The post Inisiatif Bantuan Kewangan BKK 2024 : Apa Yang Anda Perlu Tahu appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button