BANTUANBantuan Kewanganfinancial assistanceYPJ

Bantuan Khas YPJ – Syarat Kelayakan & Cara Mohon

Bantuan khas YPJ ini adalah merupakan sebuah inisiatif istimewa berbentuk bantuan kewangan sekaligus.

PROGRAM BANTUAN KHAS YPJ

Program khas yayasan pelajaran johor (YPJ) merupakan inisiatif yang diperkenalkan untuk membantu meringankan beban rakyat. Pada tahun ini, bantuan berjumlah RM500 sekali bayar (one-off) disediakan kepada mereka yang berkelayakan.

Inisiatif ini disediakan bertujuan untuk memberikan sokongan kepada individu dan keluarga yang menghadapi kesulitan akibat pelbagai cabaran ekonomi. Program khas YPJ ini adalah sebuah perbadanan yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri pada tahun 1982.

Permohonan untuk bantuan khas YPJ adalah terbuka kepada individu yang memenuhi syarat yang telah ditetapkan. Mereka yang ingin mendapatkan bantuan ini perlu mendaftar dengan yayasan pelajaran Johor.

Syarat kelayakan termasuklah kriteria tertentu yang memastikan individu yang benar-benar memerlukan bantuan dinilai dan diterima. Antara kriteria syarat asas kelayakan bantuan YPJ ini adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon merupakan anak kelahiran negeri Johor atau menetap di Johor
  • Terbuka kepada semester pertama program asasi, diploma, sijil dan Ijazah sarjana muda yang melanjutkan pengajian ke IPTA, Matrikulasi atau kolej komuniti dan kolej di bawah KPYPJ bermula Januari – Disember 2024.
  • Tempoh kursus yang dilalui adalah setahun atau lebih
  • Pemohon tidak pernah menerima sebarang bantuan pendaftaran dari agensi lain
  • Setiap pemohon layak menerima sekali sahaja mengikut tahap pengajian
  • Tidak ada had kelayakan pendapatan penjaga / ibu bapa.

PENDAFTARAN PERMOHONAN BANTUAN YPJ

Untuk makluman umum, permohonan bantuan khas YPJ ini dibuka sehingga 10 Oktiber 2024. Bagi mendaftar permohonan bantuan khas YPJ, pemohon perlu mengikuti beberapa langkah yang ditetapkan.

Rujukan lengkap dan panduan mohon telah disediakan, sila layari laman web rasmi – https://portal.ypj.gov.my/

Bantuan ini bukan sahaja meringankan beban kewangan ibubapa tetapi juga menunjukkan komitmen yayasan pelajaran Johor dalam memastikan kesejahteraan masyarakat. Dengan adanya bantuan RM500 ini, diharapkan ia dapat membantu individu dan keluarga dalam menangani keperluan harian dan memberikan sedikit kelegaan dalam masa yang sukar.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan tunai telah disediakan sepanjang tahun ini bagi memberi manfaat kepada penduduk. Sila lihat senarai insentif yang ada dan bersesuaian untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

The post Bantuan Khas YPJ – Syarat Kelayakan & Cara Mohon appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button