Cuaca dan Keselamatanweather warning

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat dan Angin Kencang

Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencing dijangka akan melanda di beberapa kawasan dalam Malaysia. Pihak Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran mengenai ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijadualkan melanda beberapa buah negeri di Malaysia.

Situasi ini merupakan satu peringatan penting kepada semua penduduk, terutamanya bagi yang tinggal di kawasan berisiko.

Amaran Ribut Petir dan Angin Kencang

Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran membabitkan beberapa buah negeri sehingga jam 3 petang hari ini. Antara kawasan yang telibat adalah Baling dan Kulim di negeri Kedah.

Negeri Perak pula melibatkan kawasan larut, matang dan selama, hulu Perak, kampar, kuala kangsar dan bagan datuk. Selain itu negeri seperti Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Perlis, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak juga berpontensi dilanda hujan lebat.

Pada waktu ini, kawasan pinggir pantai berpontensi dilanda angin kencang yang sedang berlaku di pantai Chenang Langkawi. Amaran ini dikeluarkan sebagai peringatan jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi 6 jam.

Cuaca seperti ribut petir dan hujan lebat boleh menyebabkan pelbagai masalah, termasuk banjir dan kerosakan infrastruktur. Selain itu, angin kencang boleh merosakkan harta benda dan menyebabkan kecederaan.

Oleh itu, adalah penting bagi individu dan keluarga untuk mengambil langkah berjaga-jaga, seperti mengelakkan kawasan terbuka dan memastikan rumah mereka selamat.

Langkah-langkah Keselamatan yang Perlu Diambil

Masyarakat dinasihatkan supaya sentiasa peka dan mengikuti perkembangan terkini dari laman rasmi METMalaysia atau aplikasi MyCuaca. Pastikan anda memiliki bekalan kecemasan dan sentiasa bersedia untuk kemungkinan kehilangan bekalan elektrik.

Mengikut nasihat pihak berkuasa adalah langkah bijak bagi menjaga keselamatan diri dan keluarga sewaktu ribut petir, hujan lebat dan angin kencang ini melanda.

The post Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat dan Angin Kencang appeared first on Carianterbaru.

Back to top button