BANTUANBantuan Kewangancash assistanceFasa 4STR

Kategori Penerima Bayaran Bantuan Tunai STR Fasa 4

Kategori penerima bayaran Bantuan Tunai STR Fasa 4, yang dijadualkan akan dikreditkan pada bulan November 2024 telah dimaklumkan. Ini adalah inisiatif penting yang bertujuan untuk membantu rakyat yang memerlukan, terutama dalam menghadapi cabaran ekonomi yang kian bertambah.

Kategori Penerima Bantuan STR Fasa 4

Berdasarkan maklumat terkini, terdapat tiga kategori utama penerima yang akan mendapat manfaat daripada bayaran ini. Kategori ini termasuk bujang, warga emas, dan isi rumah dari golongan B40 dan M40.

Masing-masing mempunyai kelayakan tertentu yang memastikan bantuan ini sampai kepada mereka yang benar-benar layak dan memerlukan. Seperti yang sedia maklum, pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah fasa sebelum ini telah dikreditkan pada Januari, April dan Ogos lalu.

Kepada yang terlepas pandang, pengagihan bayaran fasa berikutnya akan disalurkan pada bulan November secara berperingkat. Kadar bayaran dikreditkan mulai dari RM100 hingga RM700, jumlah mengikut kelayakan kategori.

Jumlah Bayaran STR 2024 Mengikut Kategori

Pihak kerajaan persekutuan telah mengumumkan kadar jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah bagi sesi 2024 mengikut kategori seperti di bawah :

KATEGORI ISI RUMAH B40

  • RM1000 – Tiada anak (-)
  • RM1500 – Mempunyai (1-2) anak
  • RM2000 – Mempunyai (3-4) anak
  • RM2500 – Mempunyai (lebih 5) anak

ISI RUMAH M40

  • RM500 – Tiada anak (-)
  • RM750 – Mmepunyai (1-2) anak
  • RM1000 – Mempunyai (3-4) anak
  • RM1250 – Mempunyai (lebih 5) anak

KATEGORI BUJANG & WARGA EMAS

  • RM350 – Belia bujang berumur 21 tahun dan keatas
  • RM600 – Warga emas tiada pasangan.

Semakan Status Bayaran STR

Kepada mereka yang berkelayakan, semakan status bayaran dan kemaskini maklumat dibuka sepanjang tahun ini. Untuk semak sila layari laman web rasmi – MySTR 2024

Program sumbangan bayaran STR ini merupakan langkah penting dalam memastikan individu dan keluarga terus mendapat sokongan kewangan yang diperlukan. Pemberian bantuan ini menunjukkan komitmen kerajaan dalam meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan rakyat.

Oleh itu, adalah penting bagi penerima untuk peka terhadap pengumuman dan maklumat lanjut berkaitan proses penyaluran bayaran ini bagi memastikan tiada yang terlepas dari menerima bantuan.

Maklumat Lanjut

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta insentif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan bagi mengurangkan beban rakyat. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan bersesuaian untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

The post Kategori Penerima Bayaran Bantuan Tunai STR Fasa 4 appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button