Cuaca dan Alam Sekitarhujan lebatMetMalaysiaweather forecast

Amaran Hujan Lebat dan Ribut Petir di 10 Buah Negeri

Amaran hujan lebat dan ribut petir serta angin kencang dijangka akan melanda 10 buah negeri di seluruh Malaysia. Dalam masa terdekat, amaran hujan lebat dan ribut petir telah dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Cuaca ekstrem ini dijangka melanda 10 negeri, dan penduduk di kawasan tersebut dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga.

Amaran Hujan Lebat Dan Ribut petir

Pihak Jabatan Meteorlogi Malaysia telah mengeluarkan notis amaran peringatan hujan lebat dan ribut petir di sepuluh negeri sehingga jam 7 malam ini. Agensi METMalaysia menerusi kenyataan negeri-negeri yang dijangka akan terkesan adalah semenanjung Malaysia.

Antara negeri yang dijangkakan adalah Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Melaka, Johor dan Pahang. Amaran ini dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan intensi hujan melebihi 20 mm perjam atau dijangka berlaku melebihi 1 jam.

Baru-baru ini kawasan Langkawi mengalami hujan lebat dan angin kencang berterusan yang mengakibatkan sektor perlancongan terjejas. Manakala kawasan-kawasan negeri di belah selatan turut mengalami situasi yang sama.

Peringatan ini dikeluarkan sebagai langkah untuk menyedarkan masyarakat terhadap potensi bencana yang boleh berlaku akibat cuaca buruk. Hujan lebat dan ribut petir bukan sahaja dapat mengganggu rutin harian, tetapi juga berpotensi mengakibatkan banjir dan kerosakan harta benda.

Langkah-langkah Keselamatan yang Perlu Diambil

Penduduk di kawasan yang berisiko tinggi disarankan untuk mengikuti beberapa langkah keselamatan. Pertama, sentiasa peka terhadap laporan cuaca terkini dari pautan laman rasmi METMalaysia atau anda boleh muat turun aplikasi (MyCuaca).

Kedua, pastikan kawasan persekitaran anda tidak terhalang bagi membolehkan air mengalir dengan lancar. Ketiga, sediakan kit kecemasan yang mencakupi bekalan asas seperti makanan, air, dan ubat-ubatan.

Kesedaran dan persediaan awal adalah kunci untuk menghadapi cuaca buruk dengan lebih baik. Dengan mengikuti panduan yang disarankan, kita dapat melindungi diri dan keluarga daripada risiko yang mungkin timbul.

Maklumat Lanjut

Untuk makluman umum, tahun ini pelbagai kemudahan, inisiatif dan program telah disediakan oleh kerajaan bagi memberi manfaat kepada rakyat. Sila lihat inisiatif yang ada pada tahun ini SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

The post Amaran Hujan Lebat dan Ribut Petir di 10 Buah Negeri appeared first on Carianterbaru.

Back to top button