Pelarasan Kenaikan Gaji Terkini : Perkara Yang Perlu Diketahui
Pelarasan Kenaikan Gaji Terkini yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka memberi kesan positif.
Pada waktu ini kadar gaji bulanan amat penting kepada masyarakat terutama golongan penjawat awam seluruh negara dan di laman ini dikongsikan perkara yang perlu diketahui orang awam.
PELARASAN KENAIKAN GAJI TERKINI
Untuk pengetahuan umum, kenaikan gaji adalah untuk pelbagai jawatan dan kadar peratus adalah berbeza. Dibawah adalah senarai pelarasan gaji yang akan dilaksanakan pada tahun ini seperti berikut :
- Pelaksana : Kenaikan gaji akan naik sebanyak 8 peratus pada (Fasa 1) mulai Disember 2024. Kadar akan dinaikan lagi sebanyak 7 peratus pada (Fasa 2) mulai Januari 2026.
- Profesional & pengurusan : Kenaikan gaji akan naik sebanyak 4 peratus pada (Fasa 1) mulai Disember 2024. Kadar akan dinaikan lagi sebanyak 3 peratus pada (Fasa 2) mulai Januari 2026.
- Kumpulan pengurusan tertinggi : Kenaikan gaji akan naik sebanyak 4 peratus pada (Fasa 1) mulai Disember 2024. Kadar akan dinaikan lagi sebanyak 3 peratus pada (Fasa 2) mulai Januari 2026.
CONTOH PELARASAN KENAIKAN GAJI
Untuk maklumat ringkas dan mudah faham, dibawah adalah contoh pelarasan pendapatan bulanan untuk beberapa jawatan.
Jururawat – Gred U29
Kadar gaji dinaikan dari RM2,457 kepada RM2,697 pada bulan Disember 2024 dan akan dinaikan lagi kepada RM2,994 pada Januari 2026.
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan – Gred DG41
Gaji akan dinaikan dari RM3,838 kepada RM4,085 pada bulan Disember 2024 dan akan dinaikan lagi kepada RM4,559 pada Januari 2026.
Konstabel Polis – Gred YA1
Kadar gaji akan dinaikan dari RM2,256 kepada RM2,496 pada bulan Disember 2024 dan akan dinaikan lagi kepada RM2,726 pada Januari 2026.
Askar – Gred ZA1
Gaji akan dinaikan dari RM2,379 kepada RM2,619 pada bulan Disember 2024 dan akan dinaikan lagi kepada RM2,857 pada Januari 2026.
Nota : Kadar jumlah pendapatan adalah merangkumi gaji pokok serta elaun, bagi elaun khusus tidak termasuk.
PENGIRAAN PELARASAN GAJI TERKINI SECARA ONLINE
Kepada yang berkenaan khusus buat penjawat awam, jangan risau anda boleh membuat pengiraan gaji masing-masing secara online. Untuk semakan, sila ke pautan rasmi – Kalkulator Gaji SSPA
MAKLUMAT LANJUT
Kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan bagi mengurangkan beban rakyat Malaysia. Sila lihat senarai insentif yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.
The post Pelarasan Kenaikan Gaji Terkini : Perkara Yang Perlu Diketahui appeared first on Carianterbaru.