BANTUANBWEWarga Emas

BWE : Bantuan Berjumlah RM500 Dikreditkan Ogos Ini

BWE : Bantuan Berjumlah RM500 telah mula dikreditkan kepada senarai penerima pada bulan Ogos ini seluruh negara.

PROGRAM BWE : BANTUAN BERJUMLAH RM500

Kementerian telah memperkenalkan sebuah inisiatif yang dikenali sebagai program Bantuan Warga Emas atau BWE. Peruntukan bantuan ini adalah disediakan dibawah perlaksanakan belanjawan 2024.

Program BWE menawarkan bantuan kewangan secara bulanan bernilai RM500 seorang. Kepada mereka yang menepati kriteria kelayakan, permohonan boleh dikemukakan sepanjang tahun ini bagi mendapatkan manfaat yang ditawarkan.

Tujuan utama program ini masih terus dilancarkan pada sesi 2024 adalah bagi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat. Dengan adanya insentif bulanan BWE ini mampu meringankan beban bagi meneruskan kesejahteraan hidup dalam komuniti masyarakat.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN BANTUAN BWE RM500

Untuk makluman umum, Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah merupakan pihak yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam program BWE. Antara syarat-syarat asas kelayakan yang telah ditetapkan adalah seperti berikut :

  • Pemohon adalah Warganegara Malaysia
  • Warga emas yang berumur 60 tahun dan keatas
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi : Pendapatan garis kemiskinan (PGK) – purata miskin isi rumah semasa atau purata miskin perkapita semasa
  • Pemohon tidak tinggal di mana-mana institusi kendalian JKM atau
  • Pusat jagaan harian yang menyediakan kemudahan perkhidmatan secara free.

Info : Perlaksanaan kesemua bantuan-bantuan kebajikan adalah selaras dengan senarai bersama (concurrent list) antara kerajaan persekutuan dan negeri. Perkara ini telah termaktub dalam peruntukan perlembagaan persekutuan Malaysia.

TARIKH PERMOHONAN BANTUAN BWE 2024

Bagi individu yang berkelayakan dan berkeperluan, tarikh permohonan dibuka mulai Januari sehingga Disember 2024. Sebelum kemukakan permohonan, sediakan dokumen-dokumen penting yang diperlukan bagi memudahkan urusan proses semakan.

PANDUAN DAFTAR BANTUAN BWE RM500

Pemohoan bantuan warga emas ini boleh dibuat secara dalam talian, panduan lengkap telah disediakan melalui laman rasmi – BWE (2024)

Jika anda atau ahli keluarga yang berkelayakan, jangan lepaskan peluang untuk daftar permohonan bagi mendapatkan manfaat yang disediakan secara percuma ini.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan seperi inisiatif bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi membantu rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan bersesuaian untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk semakan lengkap.

The post BWE : Bantuan Berjumlah RM500 Dikreditkan Ogos Ini appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button