LesenMotorsikal

Kadar Harga lesen Motorsikal Terkini – Tahun 2024

Kadar Harga Lesen Motorsikal terkini bagi jenis B dan B full telah diumumkan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Seperti yang sedia maklum, mengikut undang-undang jalan raya setiap individu yang menunggang motorsikal wajib mempunyai lesen memandu.

KADAR HARGA LESEN MOTORSIKAL TERKINI

Untuk makluman umum, kewajipan memandu berdasarkan seksyen 26 (1) akta pengangkutan jalan tahun 1987 dan keingkaran mematuhi undang-undang boleh didakwa dibawah seksyen 26(2).

Mereka yang menunggang motorsikal dan tidak mempunyai lesen boleh disabitkan kesalahan. Pesalah boleh dikenakan bayaran denda atau penjara atau kedua-duanya sekali gus.

Justeru itu pengambilan kelas memandu amat penting terutama bagi golongan belia supaya mendapatkan lesen secara sah. Kepada yang tidak tahu, terdapat 3 kategori lesen memadu bagi jenis motorsikal seperti berikut :

  • Jenis motorsikal melebihi 500cc – B
  • Jenis motorsikal tidak melebihi 500cc – B1
  • Jenis motorsikal tidak melebihi 250cc – B2

Setiap jenis lesen memandu telah ditetapkan kadar harga yang berbeza. Had umur kelayakan mendapatkan ketiga-tiga jenis lesen memandu motor adalah 16 tahun dan keatas.

KADAR HARGA LESEN MOTORSIKAL MENGIKUT CC

Bagi pengetahuan umum, kadar harga untuk mendapatkan lesen motorsikal atau kereta adalah berbeza mengikut cc dan institusi pusat memandu. Ada pusat memandu yang menawarkan harga kelas yang lebih murah berbanding lain.

Dibawah adalah merupakan kadar harga julat bagi harga lesen memandu jenis kenderaan motorsikal yang ditetapkan kerajaan mengikut CC :

  • RM350 – RM450 : Lesen memandu motorsikal B2 (tidak melebihi 250 cc)
  • RM900 – RM1,100 : Lesen memandu motorsikal B full (melebihi 500 cc)

TUKAR LESEN MOTORSIKAL B KEPADA B FULL

Bermula 1 Oktober ini, kepada pemegang kad lesen motor kelas B1 dan B2 yang sah melebihi 10 tahun boleh mohon tukar ke lesen B full. Perkara ini telah diumumkan oleh pihak kerajaan bagi memberi manfaat kepada pengguna.

Mereka yang merupakan pemegang LLM kelas B1 dan B2 yang berminat boleh mendapatkan LLM kelas B. Kadar kos yuran serendah RM160 sahaja berbanding RM900 sebelum ini.

Untuk sebarang pertanyaan atau butiran lebih terperinci berkenaan harga lesen motorsikal, sila ke pautan rasmi – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini kerajaan perpaduan telah menyediakan banyak jenis kemudahan serta inisiatif bantuan bagi mengurangkan beban kewangan rakyat. Sila lihat senarai insentif yang ada pada tahun ini dan bersesuaian untuk anda dapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

The post Kadar Harga lesen Motorsikal Terkini – Tahun 2024 appeared first on Carianterbaru.

Back to top button