BANTUANFASA 3STR

Semakan Bayaran Bantuan STR Fasa 3 : Dikreditkan Ogos Ini

Semakan Bayaran Bantuan STR Fasa 3 yang dijadualkan akan dikreditkan tidak lama lagi pada bulan Ogos ini secara menyeluruh. Inisiatif khas berbentuk bantuan kewangan ini adalah merupakan salah satu insentif di bawah Bajet Belanjawan 2024.

SEMAKAN BAYARAN BANTUAN STR

Kerajaan perpaduan telah mengumumkan pelancaran pemberian Sumbangan Tunai Rahmah pada awal tahun lalu yang melibatkan lebih 9 juta penerima layak bagi tahun ini. Program bantuan tunai STR ini akan diberikan melalui 4 fasa pembayaran sepanjang tahun 2024.

Kategori penerima yang terlibat adalah terdiri daripada belia bujang, warga emas dan isi rumah B40 serta M40. Jumlah keseluruhan yang disediakan adalah sehingga RM3,100 setahun, kadar ditentukan mengikut kelayakan dan bilangan anak bagi setiap keluarga.

Sehingga hari ini, pembayaran bagi STR fasa 1 dan fasa 2 telahpun selesai diagihkan pada Januari dan April lalu yang diberikan kepada 3 kategori utama tersebut. Bukan itu sahaja, sebahagian penerima STR secara automatik akan menerima insentif tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

PENERIMA BAYARAN BANTUAN STR FASA 3

Untuk makluman umum, bantuan tunai STR fasa 3 akan dikreditkan pada bulan hadapan selewat-lewatnya sebelum hujung bulan Ogos 2024. Kategori penerima yang layak adalah dari golongan B40 & M40 isi rumah, bujang dan warga emas.

Tarikh sebenar bayaran fasa ketiga akan dimaklumkan dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk rujukan masyarakat. Kaedah pengagihan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah fasa 3 akan diberikan secara :

  • Pengkreditan ke dalam akaun Bank setiap penerima
  • Tebus tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan bagi penerima tiada kad bank

Nota : Pembayaran akan dibuat secara tunai sekiranya tiada maklumat akaun bank atau status pengkreditan ‘gagal kredit’.

SEMAKAN STATUS BAYARAN STR TAHUN 2024

Kepada seluruh rakyat Malaysia yang merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah, kalian boleh membuat semakan status bayaran mengikut fasa sepanjang tahun ini. Untuk kemaskini maklumat dan semakan status pembayaran, sila layari laman portal rasmi bantuan – MySTR 2024

MAKLUMAT LANJUT

Selain STR, kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan kepada golongan yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan bersesuaian untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

The post Semakan Bayaran Bantuan STR Fasa 3 : Dikreditkan Ogos Ini appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button