BANTUANHaji MuassasahSumbangan Wang Tunai

Sumbangan Wang Tunai RM1000 : Permohonan Kini Dibuka

Sumbangan Wang Tunai RM1000 : Permohonan kini dibuka bermula 6 Mei 2024 sehingga 23 Ogos 2024 secara menyeluruh. Untuk makluman umum, inisiatif khas ini merupakan salah satu bantuan yang disediakan oleh kerajaan negeri.

PROGRAM INSENTIF SUMBANGAN WANG TUNAI RM1000

Pelbagai program telah dilaksanakan pada tahun ini oleh kerajaan persekutuan dan negeri bagi memberi manfaat kepada rakyat. Salah satu insentif bantuan one-off yang masih boleh dimohon pada bulan ini adalah bantuan tunai Haji Muassasah.

Menerusi program insentif ini, pemohon yang layak akan menerima sumbangan bantuan tunai sebanyak RM1000 secara sekaligus. Program istimewa ini memperuntukan dana berjumlah RM6 juta, angka tersebut adalah 3 kali ganda berbanding tahun lalu.

Tahun 2023, bantuan ini adalah RM500 dan telah dinaikkan kepada RM1000 serta setiap jemaah juga akan menerima kit penjagaan diri. Kepada mereka yang berkelayakan boleh kemukakan permohonan sebelum tarikh tutup pada 23 Ogos 2024.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA SUMBANGAN WANG TUNAI

Antara syarat-syarat asas kelayakan bagi program insentif khas ini yang telah ditetapkan adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia dan beragama islam
  • Pemohon merupakan jemaah haji muassasah tahun 2024 (kecuali yang menerima tajaan penuh)
  • Pemohon telah daftar haji di mana-mana cawangan Lembaga Tabung Haji (LTH) kawasan Selangor
  • Pemohon sudah mengesahkan penawaran bagi menunaikan ibadah haji dari LTH negeri Selangor untuk mengerjakan haji bagi tahun 2024 / 1445H.

PANDUAN MOHON SUMBANGAN WANG TUNAI

Untuk mereka yang berkelayakan, permohonan insentif kerajaan negeri berjumlah RM1000 ini boleh dibuat di Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing. Permohonan sah dikemukakan sebelum tarikh  tutup pada 23 Ogos 2024.

Untuk rujukan penuh dan panduan lengkap cara mohon, sila layari laman portal rasmi program insentif – Haji Muassasah

Bagi memudahkan urusan semakan permohonan dari pentadbiran, pemohon perlu sertakan dokumen yang diperlukan.

MAKLUMAT LANJUT

Tahun ini kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan bagi mengurangkan beban rakyat yang terjejas. Kepada yang terlepas pandang, sila lihat senarai insentif bantuan yang masih boleh dimohon pada tahun ini – SEMAK DISINI untuk rujukan sepenuhnya.

The post Sumbangan Wang Tunai RM1000 : Permohonan Kini Dibuka appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button