BANTUANBINGKASe-DompeteDompet

Edompet RM300 : Permohonan Dibuka Kepada B40 & M40

Edompet RM300 : Permohonan baharu kini dibuka kepada golongan B40 & M40 yang menepati kriteria kelayakan. Seperti yang telah dimaklumkan program khas bantuan edompet (ewallet) ini diteruskan bagi sesi tahun 2024.

PROGRAM BANTUAN EDOMPET RM300

Perlaksanaan program bantuan edompet atau lebih dikenali sebagai bantuan kehidupan sejahtera bingkas telah diperkenalkan oleh kerajaan negeri. Pada tahun ini, kerajaan negeri Selangor telah menyasarkan sekitar 30,000 buah keluarga bakal mendapatkan manfaat daripada program khas ini.

Dalam program bantuan kehidupan sejahtera ini, kadar bantuan yang ditawarkan adalah bernilai RM300 dan akan dikreditkan secara bulanan selama tempoh 24 bulan. Bantuan diberikan dalam bentuk edompet (ewallet) dan amaun tersebut boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas.

MANFAAT BANTUAN EDOMPET 2024

Antara kelebihan dan manfaat yang boleh didapati dalam program bantuan istimewa ini adalah seperti :

  • Edompet boleh digunakan / dibelanjakan di pasaraya dan kedai runcit berdaftar
  • Had nilai bantuan bulanan adalah sebanyak RM300
  • Segala urusniaga dilakukan secara tanpa tunai (scan sahaja)
  • Nilai edompet akan ditambah ke paras RM300 secara automatik setiap bulan
  • Baki amaun bagi bulan sebelumnya tidak akan dibawa kebulan berikutnya
  • Bantuan ini perlu digunakan sebaik mungkin setiap bulan bagi gunakan manfaat yang disediakan.

Nota : Antara senarai barangan keperluan yang dibenarkan untuk dibeli menggunakan edompet adalah seperti beras, mi bihun, gula, biskut, tepung, minyak dan yang berkaitan.

SYARAT KELAYAKAN BAHARU BANTUAN EDOMPET RM300

Bermula 1 Julai 2024, kerajaan telah menetap semula kriteria syarat kelayakan asas bagi program bantuan kehidupan sejahtera Bingkas seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi RM5,000
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan anak berumur 18 tahun dan ke bawah sekurang-kurangnya dua (2) orang
  • Lahir atau menetap di negeri Selangor melebihi 10 tahun
  • Pengundi/ pemilih berdaftar.

PANDUAN DAFTAR PERMOHONAN BAHARU EDOMPET

Bagi mereka yang berkelayakan dan berkeperluan, pendaftaran permohonan baharu boleh dikemukakan sekarang. Panduan penuh dan cara memohon telah disediakan, sila layari laman rasmi bantuan – Kehidupan Sejahtera (Bingkas)

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan bagi mengurangkan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada sepanjang tahun ini dan boleh dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

The post Edompet RM300 : Permohonan Dibuka Kepada B40 & M40 appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button