BANTUANFASA 3STR

STR : Bayaran Fasa 3 Dikreditkan Pada bulan Hadapan

STR : Bayaran Fasa 3 akan dikreditkan tidak lama lagi iaitu pada bulan hadapan bersamaan Ogos 2024. Pemberian bantuan tunai STR ini hanya berbaki 2 fasa pembayaran sahaja lagi bagi sesi tahun ini.

STR : BAYARAN FASA 3 DIKREDITKAN BERPERINGKAT

Seperti yang telah dimaklumkan oleh Kementerian Kewangan, pengkreditan Sumbangan Tunai Rahmah fasa berikutnya akan diagihkan pada bulan Ogos. Berdasarkan pembayaran STR fasa sebelum ini telah melibatkan kategori penerima bujang, warga emas dan isi rumah.

Program Sumbangan Tunai Rahmah kini telah memasuki tahun kedua perlaksanaan yang melibatkan lebih daripada 9 juta penduduk Malaysia yang layak menerima. Perlaksanaan bantuan kewangan ini diberikan pada kadar jumlah sehingga RM2,500 setahun.

Untuk makluman, permohonan baharu dan kemaskini maklumat terkini dibuka sepanjang tahun ini. Dengan adanya pemberian sumbangan STR ini kerajaan yakin dapat mengurangkan beban kos sara hidup rakyat terutama golongan B40.

KATEGORI PENERIMA STR FASA 3

Berdasarkan tahun lalu, kategori isi rumah dan warga emas layak menerima bayaran bagi sumbangan tunai rahmah fasa ketiga. Kadar bayaran yang dikreditkan adalah sehingga RM800 untuk kategori isi rumah.

Pada tahun ini, kadar bayaran dan kategori penerima bagi bayaran bantuan tunai STR fasa ketiga akan dimaklumkan sebelum tarikh pembayaran. Segala maklumat terkini mengenai bayaran fasa 3 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

JADUAL LENGKAP BAYARAN STR MENGIKUT FASA 2024

Berikut disediakan jadual rasmi bayaran pengagihan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah mengikut fasa bagi sesi tahun 2024 :

  • Bermula 29 Januari 2024 : Pembayaran bantuan tunai STR Fasa (1)
  • Bermula 3 April 2024 : Pembayaran bantuan tunai STR Fasa (2)
  • Bermula Ogos 2024 : Pembayaran bantuan tunai STR Fasa (3) – Tarikh akan dikemaskini
  • Bermula November 2024 : Pembayaran bantuan tunai STR Fasa (4) – Tarikh akan dikemaskini.

SEMAKAN STATUS BAYARAN STR TAHUN 2024

Kepada penerima sedia ada sumbangan tunai rahmah, kalian boleh membuat semakan status bayaran mengikut fasa sepanjang tahun ini. Untuk semakan status dan pengemaskinian maklumat, sila layari laman portal rasmi bantuan – STR 2024

MAKLUMAT TAMBAHAN

Kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

The post STR : Bayaran Fasa 3 Dikreditkan Pada bulan Hadapan appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button