AidilfitriCuti Sekolah

Tarikh Hari Raya Aidilfitri 2026 Jatuh Pada Cuti Sekolah Penggal 1

Tarikh Hari Raya Aidilfitri tahun 2026 bakal jatuh pada waktu cuti sekolah penggal 1 iaitu pada bulan Mac tahun hadapan.

TARIKH HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2026

RAYA AIDILFITRI 2026

Untuk makluman umum, sambutan hari raya aidilfitri tahun hadapan bakal diraikkan ketika musim cuti persekolahan bagi sesi penggal pertama. Ini merupakan berita gembira untuk rakyat Malaysia terutama berbangsa melayu dan islam kerana dapat merancang lebih awal aktiviti bersama keluarga.

Melalui Takwin kalender akademik 2026 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) cuti sekolah penggal 1 akan berlangsung selama hampir 2 minggu pada bulan Mac 2026. Tarikh cuti persekolahan penggal pertama akan bermula pada 20 Mac hingga 29 Mac 2026 bagi kumpulan A dan Kumpulan B.

Manakala tarikh hari raya aidilfitri pula dijangka disambut pada 21 dan 22 Mac 2026 iaitu dalam tempoh musim cuti persekolahan. Lebih menarik adalah KPM akan memperuntukan tambahan cuti sekolah khas 1 atau 2 hari sempena aidilfitri bergantung kepada kumpulan negeri.

TARIKH PENTING SEMPENA RAYA AIDILFITRI

Untuk rujukan umum, berikut dikongsikan tarikh penting pada bulan Mac 2026 untuk musim perayaan :

  • Cuti sekolah kumpulan A : Bermula 20 Mac sehingga 28 Mac 2026
  • Cuti sekolah kumpulan B : Bermula 21 Mac sehingga 29 Mac 2026
  • Sambutan Raya Aidilfitri : Dijangka 21 Mac dan 22 Mac 2026.

Negeri-negeri kumpulan A adalah Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Negeri-negeri Kumpulan B adalah Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Labuan dan Selangor.

Nota : Tarikh-tarikh diatas telah dimaklumkan secara rasmi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Dengan keadaan ini dapat memberi kelegaan kepada keluarga terutama mereka yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah. Maklumat awal ini dapat merancang perjalanan pulang ke kampung halaman yang jauh dan dapat mengurangkan kesesakan jalan raya.

Kepada ibu bapa yang ingin ketahui lebih lanjut berkenaan tarikh-tarikh penting berkenaan persekolahan. Kalian boleh layari laman portal rasmi kerjaan di https://www.moe.gov.my/kalendar-akademik

PENUTUP & LEBIH INFO

Sepanjang tahun kerajaan telah perkenalkan pelbagai program, kemudahan dan inisiatif bagi memberi manfaat kepada penduduk Malaysia yang berkeperluan. Sila lihat senarai insentif yang ada di halaman utama Semak Disini untuk lebih info lanjut.

The post Tarikh Hari Raya Aidilfitri 2026 Jatuh Pada Cuti Sekolah Penggal 1 appeared first on CARIANTERBARU.

Show More
Back to top button