September 2025 : Jadual Cuti Sekolah & Cuti Umum
September 2025 : Jadual cuti sekolah dan cuti umum telah dimaklumkan kepada orang ramai sebagai rujukan untuk merancang aktiviti percutian. Bulan September ini terdapat banyak hari cuti yang boleh dinikmati terutama golongan berkeluarga.
JADUAL CUTI SEPTEMBER 2025
Bagi tahun 2025, bulan September ini terdapat banyak hari cuti umum dan sekolah yang boleh dimanfaatkan oleh rakyat Malaysia. Hampir 10 hari cuti yang ada dan boleh merancang aktiviti percutian bersama keluarga tercinta.
Untuk makluman umum, berikut adalah jadual cuti bagi bulan September 2025 yang telah dikemaskini,
Jadual Cuti Umum :
- 1 September 2025 (Isnin) : Cuti gantian hari kemerdekaan
- 5 September 2025 (Jumaat) : Cuti sempena Maulidur Rasul
- 15 September 2025 (Isnin) : Cuti tambahan sempena hari Malaysia
- 16 September 2025 (Selasa) : Cuti sempena hari Malaysia
- 29 September 2025 (Isnin) : Hari keputeraan Sultan Kelantan (Untuk negeri Kelantan sahaja)
- 30 September 2025 (Selasa) Hari kedua (Untuk kelantan sahaja).
Jadual Cuti Sekolah :
Kumpulan A (Kedah, Terengganu & Kelantan)
- Cuti pertengahan penggal kedua : Bermula 12 hingga 20 September 2025
- Persekolahan akan dibuka semula pada 21 September 2025 (Ahad)
Kumpulan B (N. Sembilan, Melaka, Perak, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, W. Persekutuan, Labuan)
- Cuti pertengahan penggal kedua : Bermula 13 hingga 21 September 2025
- Persekolahan akan dibuka semula pada 22 September 2025 (Isnin).
TIPS RANCANG PERCUTIAN SEPTEMBER 2025
Berikut ada beberapa tips yang boleh diambil untuk merancang aktiviti pada hari cuti September ini :
- Aktiviti bersama keluarga – Gunakan masa yang cuti sekolah dengan pelbagai aktiviti seperti riadah dan melawat pelbagai tempat
- Rancang percutian seawal yang perlu – Penempahan awal tiket hotel, penerbangan atau pengangkutan lebih awal dapat mengelakkan harga mahal dan kesesakkan
- Pengurusan bajet modal – Perancangan perbelanjaan bijak perlu bagi mengelakkan berbelanja lebih pada musim cuti
- Manfaatkan semaksima gabungan cuti – Cuti sekolah dan cuti umum pada bulan September ini perlu dimaafkan semaksima yang boleh terutama golongan berkeluarga.
Untuk anda yang ingin semak jadual cuti sekolah sepanjang tahun ini, sila layari portal rasmi kerajaan – https://www.moe.gov.my/kalendar-akademik
Kepada rakyat Malaysia yang merancang percutian pada bulan September ini berhati-hari dijalan raya dan semoga selamat ke destinasi yang dituju.
KESIMPULAN
Sepanjang tahun ini kerajaan Malaysia telah sediakan pelbagai kemudahan bagi memberi manfaat kepada penduduk Malaysia. Sila lihat senarai inisiatif yang ada dan bersesuaian untuk anda dapatkan di halaman utama!
The post September 2025 : Jadual Cuti Sekolah & Cuti Umum appeared first on Carianterbaru.