Semakan Bantuan Bulanan JKM hingga RM1000 yang boleh dimohon oleh golongan B40 dan memerlukan sepanjang tahun ini.
SEMAKAN BANTUAN BULANAN JKM

Kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat atau singkatan JKM telah memperkenalkan pelbagai program inisiatif berbentuk bantuan kewangan. Program-program ini disediakan adalah bagi membantu meringankan beban rakyat terutama golongan sasar JKM.
Kadar bayaran bantuan bulanan ditawarkan bermula dari RM200 sehingga RM1000 sebulan. Nilai bantuan ditentukan mengikut kategori bantuan dan kelayakan setiap pemohon yang memohon bantuan tersebut.
Ramai pemohon yang berjaya lulus permohonan pada tahun ini dan telah menerima bayaran bantuan secara bulanan. Mereka yang berkeperluan jangan lepaskan peluang untuk dapatkan manfaat inisiatif yang bersesuaian dengan kelayakan.
SENARAI BANTUAN BULANAN JKM
Berikut dikongsikan senarai bantuan-bantuan dibawah kendalian JKM yang boleh dimohon pada tahun ini :
- Bantuan Kanak-Kanak (BKK) : RM200 seorang sehingga RM1000 sekeluarga
- Bantuan Warga Emas (BWE) : RM600 seorang
- Bantuan Latihan Perantis (BLP) : RM200 seorang
- Bantuan Am Persekutuan (BA) : Sehingga RM350
- Bantuan Anak Peliharan (BAP) : RM450
- Elaun Pekerja OKU (EPOKU) : RM450.
Kadar bantuan diatas dikreditkan secara automatik setiap bulan kepada pemohon / individu yang layak.
SYARAT KELAYAKAN MOHON BANTUAN JKM
Untuk makluman umum, setiap kategori bantuan telah menetapkan syarat-syarat kelayakan tambahan. Dibawah adalah kriteria asas untuk memohon bantuan dibawah JKM :
- Warganegara Malaysia dan bermastautin di negara ini
- Pendapatan bulanan dibawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
- Golongan memerlukan (Kumpulanan sasar) dan B40 berpendapatan rendah
- Menepati syarat tambahan mengikut kategori bantuan yang dimohon
- Mana-mana kes yang berkeperluan layak dipertimbangkan dengan kelulusan ketua pengarah JKM.
PANDUAN DAFTAR BANTUAN
Kepada yang berkelayakan dan berminat, permohonan boleh dikemukakan secara dalam talian dan panduan daftar disediakan seperti berikut :
- Sila layari laman portal rasmi eBantuan JKM di https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/
- Daftar akaun baharu dan log masuk mengikut tetapan anda
- Pilih bantuan yang bersesuaian dengan anda
- Semak kelayakan dan isi borang permohonan
- Muat naik dokumen yang diperlukan
- Hantar borang dan simpan no rujukan untuk semakan status.
Setiap permohonan akan melalui proses semakan yang telus untuk pengesahan individu benar-benar layak menerima bantuan.
PENUTUP & LEBIH INFO
Sepanjang tahun kerajaan MADANI telah sediakan bermacam program kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan bagi meringankan beban kos sara hidup penduduk. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada di laman utama atau sertai channel rasmiĀ WhatsApp Carianterbaru untuk info lebih lanjut.
The post Semakan Bantuan Bulanan JKM Hingga RM1000 : Panduan Daftar appeared first on CARIANTERBARU.