Am PersekutuanBANTUANJKM

Bantuan Am Berjumlah RM350 : Dikreditkan Setiap Bulan

Bantuan Am Berjumlah RM350 : Dikreditkan setiap bulan kepada pemohon yang berkelayakan dan memerlukan pada tahun ini. Seperti dimaklumkan, inisiatif khas berbentuk bantuan kewangan ini merupakan salah satu insentif di bawah Belanjawan 2024.

BANTUAN AM BERJUMLAH RM350 SEBULAN

Dalam usaha pihak kerajaan membantu rakyat yang kurang berkemampuan, pelbagai inisiatif telah ditawarkan pada tahun ini. Salah satu program yang masih boleh dimohon adalah Bantuan Am Persekutuan (BA).

Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah merupakan agensi yang mengendalikan sepenuhnya program bantuan kewangan ini. Insentif bulanan ini diberikan keutamaan kepada individu atau keluarga yang kurang berkemampuan.

Kepada pemohon yang lulus, mereka akan menerima insentif bantuan am pada kadar RM100 hingga RM350 setiap bulan dan jumlah bayaran ditentukan mengikut kategori. Dengan adanya program seperti ini dapat mengurangkan beban kos sara hidup agar dapat meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup dalam masyarakat.

PECAHAN KADAR BAYARAN BANTUAN AM SEHINGGA RM350

Kadar jumlah bayaran bantuan Am Persekutan adalah minimum serendah RM100 seorang sebulan dan maksimum sehingga RM350 bagi satu keluarga. Amaun yang disalurkan terus ke dalam akaun bank setiap bulan berdasarkan kelayakan.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN AM RM350

Antara kriteria syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan bagi program bantuan am persekutuan ini adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi pendapatan garis kemiskinan (PGK), purata miskin isi rumah semasa atau purata miskin perkapita semasa
  • Kumpulan memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM yang lain
  • Bermastautin di Wilayah Persekutuan.

PANDUAN CARA MOHON BANTUAN AM PERSEKUTUAN

Bagi mereka yang berkelayakan dan berkeperluan, permohonan bantuan istimewa ini boleh dikemukakan pada tahun ini bagi mendapatkan manfaat yang ditawarkan. Panduan lengkap cara mohon telah disediakan, sila layari laman portal rasmi bantuan – Am Persekutuan 2024

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan tunai bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

The post Bantuan Am Berjumlah RM350 : Dikreditkan Setiap Bulan appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button