Permohonan Bantuan Laptop Siswa Johor kini dibuka kepada orang ramai bermula 1 Julai Sehingga 31 Julai 2025. Dalam era digital yang berkembang pesat, akses kepada teknologi adalah penting untuk pelajar.
Kerajaan Johor telah mengambil inisiatif dengan menyediakan bantuan laptop kepada siswa untuk memastikan mereka tidak ketinggalan dalam pembelajaran. Program ini adalah langkah positif yang menunjukkan komitmen dalam meningkatkan pendidikan di negeri ini.
PERMOHONAN BANTUAN LAPTOP SISWA DIBUKA!
Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) telah melaksanakan sebuah lagi inisiatif berbentuk bantuan laptop / komputer riba kepada para pelajar. Pendaftaran permohonan boleh dilakukan secara dalam talian melalui imbasan QR yang disediakan.
Pelajar yang berjaya akan dihubungi oleh pihak YPJ untuk mengambil bantuan laptop di lokasi yang akan dimaklumkan kelah. Bantuan laptop siswa Johor bertujuan untuk memberikan sumber pembelajaran yang diperlukan oleh pelajar, terutamanya dalam situasi di mana komputer peribadi tidak mampu dimiliki oleh keluarga.
Dengan adanya laptop, pelajar dapat mengakses bahan pembelajaran secara dalam talian serta menyelesaikan tugasan yang diberikan dengan lebih mudah.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN LAPTOP SISWA
Tempoh permohonan : 1 Julai – 30 Julai 2025, syarat kelayakan yang telah ditetapkan adalah seperti berikut ;
- Warganegara Malaysia
- Lahir atau menetap di Johor minimum 5 tahun
- Pemohon merupakan pelajar sepenuh masa
- Pelajar dari keluarga B40
- Diploma dan ijazah sarjana muda
- Pelajar tahun 1 (semester 1) pengambilan tahun 2025
- Terbuka kepada pelajar IPTA / IPTS sahaja.
PROSES PERMOHONAN BANTUAN LAPTOP
Pelajar dan ibu bapa perlu mengikuti prosedur yang ditetapkan bagi memohon bantuan laptop. Permohonan boleh dikemukakan secara online, rujuk pada laman web rasmi YPJ – https://bantuan-ypj.com/mohon_komputer.php
Secara keseluruhannya, bantuan laptop siswa Johor bukan sahaja memudahkan akses kepada sumber pendidikan tetapi juga membantu mengurangkan jurang digital yang wujud. Dengan bantuan ini, kita dapat melihat pelajar lebih bersedia untuk menghadapi cabaran masa depan dengan teknologi yang tepat di tangan mereka.
LEBIH INFO BANTUAN
Terdapat lebih banyak lagi kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan disediakan sepanjang tahun ini bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – CEK DISINI sebagai rujukan.
The post Permohonan Bantuan Laptop Siswa Dibuka Hingga 30 Julai 2025 appeared first on Carianterbaru.